mattzzx Publish time 10-1-2024 12:12 PM

Rali Dakar: Benavides kembali hidupkan peluang

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/RALI-DAKAR.jpg
BENAVIDES berjaya muncul juara Peringkat 3 Rali Dakar untuk berada dalam kelompok 10 pelumba terbaik bagi kategori motosikal. - AFP

RIYADH – Pelumba pasukan Red Bull KTM Factory Racing, Kevin Benavides kembali merasai bahang perlumbaan Rali Dakar 2024 selepas juara musim lalu untuk menawan Peringkat 3 kelmarin.

Benavides yang memacu jentera KTM 450 tersebut tampil perlahan sejak perlumbaan Prologue hingga ke Peringkat 2 menyebabkan dia jatuh tangga ke-11 keseluruhan.

Bagaimanapun, pelumba dari Argentina itu menggunakan pengalamannya sebelum ini untuk menawan perlumbaan Peringkat 3 dari Al Duwadimi ke Al Salamiya melalui gurun pasir mencabar sejauh 733 kilometer.

Keputusan tersebut membolehkan dia memperbaiki kedudukan masanya dan kini berada di tangga keenam keseluruhan kategori motosikal dengan perbezaan 20 minit 16 saat dengan Ross Branch (Hero Motorsport Team Rally) yang mendahuli perlumbaan tersebut dengan catatan 14 jam 32 minit 51 saat.

“Hari yang jauh lebih baik untuk saya walaupun perlumbaan yang sangat jauh. Selepas membuat beberapa kesilapan semalam, saya memulakan perlumbaan dengan rancangan lebih baik untuk memberi lebih tumpuan kepada laluan perjalanan.

“Banyak bekas trek laluan di hadapan saya, tetapi saya memberi tumpuan kepada peta laluan sekali gus melancarkan perjalanan kali ini.

“Saya gembira tiada masalah besar menimpa saya dan dapat mengekalkan kelajuan untuk muncul juara Peringkat 3 ini. Apapun, perlumbaan baru bermula dan saya tekad untuk tampil lebih baik,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01/10/rali-dakar-benavides-kembali-hidupkan-peluang/
Pages: [1]
View full version: Rali Dakar: Benavides kembali hidupkan peluang


ADVERTISEMENT