mattzzx Publish time 9-1-2024 05:35 PM

Wanita berbaju hijau curi emas RM41,000 diburu

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/Untitled-design-2024-01-09T162154.632.png
Polis kini sedang mengesan seorang wanita yang disyaki mencuri barangan kemas bernilai RM41,000 dari sebuah kedai emas di daerah ini, minggu lalu.


KUALA PILAH – Polis kini sedang mengesan seorang wanita yang disyaki mencuri barangan kemas bernilai RM41,000 dari sebuah kedai emas di daerah ini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani berkata, wanita itu disyaki melakukan perbuatan tersebut dalam kejadian kira-kira pukul 4.05 petang 3 Januari lalu.

Menurut beliau, semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati wanita berkenaan memakai baju berwarna hijau, berseluar hitam,memakai tudung, bercermin mata dan memakai pelitup muka.

“Wanita berkenaan yang berpura-pura sebagai perlanggan pada mulanya mencuba barang kemas tersebut dan kemudiannya melarikan barang kemas itu.

“Saspek telah melarikan dua utas rantai tangan emas seberat 132.75 gram dan pemilik kedai emas telah mengalami kerugian sebanyak RM 41,085,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Amran lagi, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun dan boleh juga di kenakan denda.

Menurutnya, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Ridhuan Rosli ditalian 014-6263495 atau 06-4842222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... mas-rm41000-diburu/
Pages: [1]
View full version: Wanita berbaju hijau curi emas RM41,000 diburu


ADVERTISEMENT