mattzzx Publish time 9-1-2024 03:28 PM

Bijak, tapi sayang...

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/cabul231_1704778436.jpg
Muhammad Khairul Effendy dibawa keluar selepas dijatuhi hukuman penjara dan juga sebatan kerana mencabul kenalan. FOTO Alias Abd Rani

Muar: "Pencapaian akademik kamu sangat bagus, kamu ada potensi untuk berjaya tapi sayangnya terjebak dalam kes ini (cabul).

"Mahkamah tiada pilihan melainkan terpaksa menjatuhkan hukuman ini atas kesalahan yang kamu lakukan," kata Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat sebelum menjatuhkan hukuman penjara setahun serta satu sebatan terhadap seorang remaja selepas mengaku salah mencabul kenalan di sebuah pusat karaoke, November lalu.

Tertuduh, Muhammad Khairul Effendy Ali Chng, 18, yang didakwa sekali lagi hari ini, mengekalkan pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu adalah penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.



Mengikut pertuduhan, pekerja kedai makan didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pusat karaoke di Jalan Sisi, di sini, pada jam 10.29 malam, 30 November tahun lalu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh bersama seorang lagi kenalan warga Indonesia ke pusat karaoke bersama mangsa berusia 16 tahun.

Tertuduh kemudian didakwa memberikan pil kepada mangsa kononnya untuk menambahkan vitamin sedangkan ia adalah pil khayal.

Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum tertuduh mengambil kesempatan melakukan perbuatan itu.

Remaja itu kemudian membawa mangsa ke rumahnya di Sungai Abong sebelum laporan polis dibuat ahli keluarga mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada jam 6.20 pagi keesokan hari.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, berdasarkan laporan dibuat, polis berjaya menahan tertuduh.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada prosiding itu, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut membentang laporan sosial berkaitan tertuduh serta ahli keluarganya.

Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah memberi peluang kepada untuk berubah dan berhasrat menyambung pengajian sebaik selesai menjalani hukuman.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah memutuskan hukuman itu berjalan bermula dari tarikh sabitan hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1048660/bijak-tapi-sayang
Pages: [1]
View full version: Bijak, tapi sayang...


ADVERTISEMENT