mattzzx Publish time 9-1-2024 12:44 PM

Polis nafi tak ambil tindakan kes pukul di Ayer Kuning

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/Untitled-design-2024-01-09T121823.779.png
Polis menafikan dakwaan tular kononnya tidak mengambil tindakan berhubung laporan kes seorang lelaki dipukul di Ayer Kuning, Gemencheh, di sini, pada Ogos, tahun lalu.

TAMPIN – Polis menafikan dakwaan tular kononnya tidak mengambil tindakan berhubung laporan kes seorang lelaki dipukul di Ayer Kuning, Gemencheh, di sini, pada Ogos, tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, perkara itu dikesan oleh pihaknya kira-kira pukul 10 pagi semalam, melalui satu hantaran daripada akaun telegram memaparkan dakwaan pihak polis tidak mengambil tindakan berkaitan kes pukul berkenaan.

Menurut beliau, dakwaan tersebut merupakan satu tomahan berniat jahat untuk menjatuhkan kredibiliti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin dan imej pasukan polis.

“Siasatan telah dijalankan sebaik sahaja menerima laporan polis dari pengadu oleh pegawai penyiasat bertugas. Hasil siasatan mendapati pergaduhan berpunca dari pengadu sendiri yang berada dalam keadaan mabuk.

“Hasil perbincangan di antara kedua belah pihak yang mempunyai hubungan tali persaudaraan di antara satu sama lain telah bersetuju untuk tidak memanjangkan perkara tersebut kerana pengadu juga tidak mengalami kecederaan serius,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Jelas Anuwal, pengadu juga memohon maaf atas perselisihan faham dan menyesali perbuatan tersebut di mana berpunca oleh pengadu sendiri yang dalam keadaan mabuk kerana minum arak.

Menurutnya, pengadu juga telah menarik balik laporan polis yang dibuat pada 23 Ogos tahun lalu pada 2.51 pagi seperti mana Tampin Report 2996/23 dan kes telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) memandangkan telah menemui jalan penyelesaian.

Tambah beliau lagi, pihaknya sedang mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan hantaran tular tersebut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01/09/polis-nafi-tak-ambil-tindakan-kes-pukul-di-ayer-kuning/
Pages: [1]
View full version: Polis nafi tak ambil tindakan kes pukul di Ayer Kuning


ADVERTISEMENT