mattzzx Publish time 9-1-2024 12:42 PM

Guna duit syarikat bayar hutang rumah, kereta

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/02/KOS_JSPTBUKITAMAN011-2048x1363-1-1.jpg
Gambar hiasan.

JEMPOL – Helah seorang penyelia kilang membuat laporan polis kononnya disamun dua lelaki dan mengalami kerugian RM3,500 akhirnya memakan dirinya.

Tindakan lelaki berusia 34 tahun yang berasal dari Bahau itu berjaya dihidu pihak polis setelah mendapati laporan yang dibuat di Balai Batu Kikir, di sini, malam tadi adalah palsu.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Hoo Chang Hook, hasil soal siasat mendapati lelaki berkenaan telah menggunakan wang milik syarikat berjumlah RM2,160 untuk membayar hutang rumah dan kereta yang telah tertunggak selama tiga bulan.

“Suspek telah membuat laporan kononnya disamun oleh dua lelaki bersenjatakan parang yang memakai baju berwarna hitam dan menaiki motosikal jenis Yamaha LC juga berwarna hitam pada pukul 8.45 malam tadi di Kampung Jawa, Serting Tengah.

“Dua penyamun berkenaan dikatakan telah melarikan diri ke arah Serting Tengah membawa satu beg pinggang yang berisi wang tunai RM3,500, telefon bimbit serta dokumen penting mangsa,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, susulan laporan berkenaan pihak polis telah pun membuat hebahan awal dan tujuh balai polis di daerah ini telah bersedia untuk mendirikan Op Tutup, namun hasil soal siasatan mendapati laporan berkenaan adalah palsu.

“Saya menasihati orang awam supaya jangan cuba membuat laporan polis palsu untuk kepentingan diri sendiri sehingga membazir tenaga dan masa anggota polis untuk menyiasat kejadian jenayah yang tidak berlaku,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01/09/guna-duit-syarikat-bayar-hutang-rumah-kereta/
Pages: [1]
View full version: Guna duit syarikat bayar hutang rumah, kereta


ADVERTISEMENT