mattzzx Publish time 9-1-2024 12:28 PM

Hotel Pulau Pinang had tempahan 40 peratus mulai esok

https://assets.bharian.com.my/images/articles/tangkis_1704773160.jpg
Sebanyak 19 lori 'Tangki Fleksi Gajah' yang boleh menyimpan sehingga 24,000 liter air setiap satu disediakan di Perkarangan Parkir Stadium Bandaraya Pulau Pinang, sebagai persediaan menghadapi gangguan air yang dijadualkan bermula esok hingga Ahad ini. - NSTP/MIKAIL ONG

GEORGETOWN: Persatuan Hotel Malaysia (MAH) mengehadkan tempahan bilik kepada 40 peratus sehari sepanjang tempoh gangguan bekalan air bermula esok hingga 14 Januari ini.

Pengerusinya, Tony Goh, berkata ia bagi memastikan tetamu yang menginap menerima air mencukupi sepanjang tempoh berkenaan.

Katanya, kebanyakan hotel hanya mampu bertahan dua hari bagi menghadapi gangguan bekalan berkenaan.

"Kita sarankan kepada hotel supaya mengehadkan tempahan bilik kepada 40 peratus sehari bagi menangani masalah itu.



"Kebanyakan pemilik dan pengurus hotel terbabit sudah melakukan persiapan dan mujur ia berlaku di luar musim cuti," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tony berkata, MAH mempunyai lebih 100 ahli dan 70 peratus hotel di Pulau Pinang terbabit dengan gangguan bekalan air berkenaan bermula esok hingga Ahad ini.

Baki 30 peratus adalah hotel di kawasan yang mendapat bekalan dari Loji Rawatan Air (LRA) Air Itam dan LRA Teluk Bahang.

"Jika bekalan air terputus, pemilik atau pengurus hotel akan membeli air tambahan dengan menghubungi syarikat lori tangki yang menghantar bekalan.

"Kita pernah menghadapi gangguan bekalan air sama sebelum ini tetapi ia tidak pernah lebih dari empat hari," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital negeri, Zairil Khir Johari, memaklumkan kira-kira 590,000 penduduk Pulau Pinang dijangka berdepan gangguan bekalan air berjadual bermula 10 sehingga 14 Januari ini.

Ia bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan di Loji Rawatan (LRA) Sungai Dua.

Gangguan membabitkan lebih 50 lokasi di Seberang Perai dan hampir keseluruhan kawasan pulau merangkumi Georgetown, Pulau Tikus, Jelutong, Gelugor, Bukit Jambul, Relau, Bayan Lepas termasuk lapangan terbang, Bayan Baru, Batu Maung, Teluk Kumbar, Teluk Tempoyak, Pulau Jerejak dan Pulau Betong.

Bagaimanapun, tidak semua kawasan akan mengalami gangguan bekalan iaitu beberapa kawasan di Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang yang mendapatkan bekalan air dari LRA Air Itam dan LRA Teluk Bahang.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/01/1198004/hotel-pulau-pinang-had-tempahan-40-peratus-mulai-esok
Pages: [1]
View full version: Hotel Pulau Pinang had tempahan 40 peratus mulai esok


ADVERTISEMENT