mattzzx Publish time 9-1-2024 12:25 PM

Williams guna enjin Mercedes sehingga 2030

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ala_1704773135.jpg
ALBON kibar cabaran Williams tahun ini. FOTO Agensi

London: Pasukan Formula Satu (F1) Williams akan terus menggunakan enjin Mercedes sehingga sekurang-kurangnya 2030, menurut kedua-dua pihak semalam.

Kerjasama itu bermakna Mercedes kini mempunyai kontrak jangka panjang bersama tiga daripada 10 pasukan termasuk pengeluar mereka sendiri yang dipandu juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton. McLaren mengumumkan perjanjian yang sama November lalu.

Peraturan unit kuasa berkuatkuasa pada 2026 dalam perubahan utama sukan permotoran itu.

Williams menggunakan enjin Mercedes sejak 2014 dan prinsipal mereka James Vowles yang sebelum ini adalah pengarah strategi Mercedes, menyertai pasukan berpangkalan di Brackley tahun lalu.



"Kami nikmati kerjasama panjang dengan Mercedes-Benz dan kami teruja melanjutkannya menuju era baharu F1 selepas ini," kata Vowles.

"Kepakaran, sokongan dan teknologi yang dibawa Mercedes lengkap serta sempurna dengan aspirasi pasukan kami dari segi jangka sederhana dan panjang.

"Perjanjian jangka panjang dengan Mercedes adalah langkah positif dan membentuk sebahagian daripada okjektif masa depan kami tetapi kami masih kekalkan rekabentuk dan keupayaan sendiri."

Williams menamatkan kedudukan keseluruhan di tangga ketujuh, meningkat daripada di tangga ke-10 pada 2022. Mereka membariskan pemandu sama iaitu Alex Albon dan Logan Sargeant tahun ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2024/01/1048608/williams-guna-enjin-mercedes-sehingga-2030
Pages: [1]
View full version: Williams guna enjin Mercedes sehingga 2030


ADVERTISEMENT