mattzzx Publish time 9-1-2024 11:07 AM

'Sikap pembekal tak cakna, punca mangsa banjir berlapar di PPS'

https://assets.bharian.com.my/images/articles/liza_1704768487.jpg
Norlizah menyantuni keluarga mangsa banjir yang sedang berlindung di SJK(T) Tajul. Gambar FB Norliza Noh.

KOTA TINGGI: Seramai 224 mangsa banjir daripada 67 keluarga yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tajul di sini, terpaksa menahan lapar lebih enam jam kerana makanan tengahari lewat tiba semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Norlizah Noh, berkata makanan siap dimasak hanya dihantar selepas pihaknya meminta pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyegerakan penghantaran makanan kepada mangsa banjir.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan negeri, memaklumkan makanan tengahari tiba di PPS tersebut pada jam 6 petang.

"Usai di Sungai Rengit, saya pulang ke Kota Tinggi untuk meninjau terus keadaan di PPS SJKT Tajul. Saya dimaklumkan di PPS ini ada kelewatan dari segi penghantaran makanan kepada penghuni PPS.



"Jadi, saya telah meminta Pegawai JKM yang bertugas segera menghubungi pembekal makanan dan pastikan makanan sampai dengan segera yang mungkin.

"Alhamdulillah tadi, setelah menghubungi pegawai JKM dan beliau memaklumkan bahawa pembekal telah menghantar 280 pek makanan pada jam 6 petang untuk makanan tengahari.

"Saya berharap perkara sebegini tidak akan berulang lagi, ini kerana ramai anak-anak kecil serta warga emas yang kelaparan di PPS akibat dari sifat acuh tak acuh oleh pembekal makanan.

"Saya mohon kepada pembekal makanan di setiap PPS agar sentiasa menyediakan makanan mengikut masa yang telah ditetapkan dan makanan yang dihantar dalam keadaan baik dan tidak rosak," katanya dalam hantaran di laman sosial Facebook di sini.

Setakat pagi tadi, Kota Tinggi masih mencatatkan jumlah mangsa banjir yang tinggi dengan trend meningkat, seramai 4,707 orang membabitkan 1,289 keluarga ditempatkan di 26 PPS.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/01/1197942/sikap-pembekal-tak-cakna-punca-mangsa-banjir-berlapar-di-pps

Themilo Publish time 9-1-2024 12:25 PM

pukul 6 petang untuk makan tengahari? baik terminate je la pembekal tu.
Pages: [1]
View full version: 'Sikap pembekal tak cakna, punca mangsa banjir berlapar di PPS'


ADVERTISEMENT