mattzzx Publish time 8-1-2024 04:09 PM

Banjir: Terima kasih abang askar bantu calon SPM, pengawas ke pusat peperiksaan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/WhatsApp-Image-2024-01-08-at-12.48.47-PM.jpeg
PASUKAN ATM dari Pulada, Ulu Tiram membantu mengatur pergerakan calon SPM dan pengawas peperiksaan ke sekolah yang terjejas banjir pagi hari ini.

KOTA TINGGI – Sepasukan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada), Ulu Tiram membantu pergerakan 37 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta dua pengawas peperiksaan ke sekolah yang terletak di bandar Kota Tinggi hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri, Norlizah Noh berkata, terdapat dua titik pertemuan (check point) pengambilan pelajar iaitu di Parking Lot Econsave Taman Daiman Jaya melibatkan 12 pelajar dan di Parking Lot Masjid Jamek Kota Tinggi 24 pelajar.

Menurutnya, calon SPM itu dihantar ke dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Habab dan SMK Bandar.

Manakala, ada seorang pelajar serta dua pengawas peperiksaan turut dihantar ke SMK Bandar dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda

“Untuk rekod, pada hari ni seramai 207 orang calon SPM telah menghadiri peperiksaan bagi kedua-dua buah sekolah tersebut.

“Sudah tentu ini menjadi keutamaan kami untuk memastikan kehadiran para calon SPM untuk hadir ke sekolah bagi menjawab peperiksaan ketika di musim banjir ini,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Norlizah turut menyatakan penghargaan dan berterima kasih kepada anggota ATM yang sentiasa sedia untuk berkhidmat bagi melancarkan urusan calon SPM menghadapi ujian hari ini.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01/08/banjir-terima-kasih-abang-askar-bantu-calon-spm-pengawas-ke-pusat-peperiksaan/
Pages: [1]
View full version: Banjir: Terima kasih abang askar bantu calon SPM, pengawas ke pusat peperiksaan


ADVERTISEMENT