EJALTI Publish time 8-1-2024 01:45 PM

Budak indon 6 tahun dakwa dikhatan jin

Budak 6 tahun dakwa dikhatan jin

https://www.kosmo.com.my/2024/01/07/budak-6-tahun-dakwa-dikhatan-jin/

Oleh KOSMO!
7 Januari 2024, 9:00 pm

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/Geli-sunat3.jpg
SEORANG budak lelaki mendakwa dikhatan 'jin' di Jakarta baru-baru ini. - Foto TribunJakarta.com

JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun mendakwa dia dikhatan oleh ‘jin’ sehingga menyebabkan kemaluannya berasa sakit, lapor laman berita Tribun Jatim hari ini.

Budak lelaki tersebut memberitahu neneknya bahawa dia melihat lembaga berbadan besar bergerak di hadapannya sebelum ia hilang.

Selepas melihat lembaga itu, dia berasa sakit pada kemaluan dan menjerit meminta tolong.

“Selepas membuang air kecil, dia kata ada melihat kelibat lembaga,” kata nenek kanak-kanak tersebut, Sami.

Menurut Sami, sebaik sahaja mata cucunya berkedip, lembaga itu sudah tiada.

Tidak lama kemudian, budak lelaki tersebut menjerit kerana berasa sakit pada kemaluannya.

Dia kemudian dibawa menemui doktor dan mereka terkejut apabila doktor mengesahkan bahawa kanak-kanak tersebut sudah dikhatankan. – AGENSI

Kitty_catz Publish time 8-1-2024 01:54 PM

kut citer hampeh cam ni mesti dr konoha

kut dr konoha mesti citer hampehh camni

semak bod CI jew

manopBKK Publish time 10-4-2024 11:17 AM

Anak @nusaraya ke?? :(

Ahriman Publish time 10-4-2024 11:29 AM

Seperti biasa.;P
Cerita2 pelik mesti datang dari konoha.:lol:

Aliaskotonggo Publish time 10-4-2024 05:34 PM

ada org yang aku kenal, family dia org2 alim dan atuk dia ulamak.. nama dirahsiakan. atok dia ni, semua Anak lelaki dia lahir dah siap berkhatan
Pages: [1]
View full version: Budak indon 6 tahun dakwa dikhatan jin


ADVERTISEMENT