tari Publish time 7-1-2024 06:29 PM

Bandar Kota Tinggi mula dinaiki air

https://assets.bharian.com.my/images/articles/BH7KOTA_1704618435.jpg

KOTA TINGGI: Bandar Kota Tinggi mula dinaiki air selepas hujan lebat sejak malam tadi dan berlarutan sehingga kini.

Tinjauan mendapati jalan-jalan utama di Bandar Kota Tinggi termasuk Kampung Kelantan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peng Hwa, depan Arked Mara dan deretan kedai di tepi sungai Johor dalam kawasan bandar terbabit mula dinaiki air banjir.https://assets.bharian.com.my/images/articles/bh71kgktan_1704620942.jpgKampung Kelantan, Kota Tinggi, yang berdekatan dengan Sungai Johor mula dinaiki air selepas hujan tanpa henti sejak malam tadi. - NSTP/Omar Ahmad

Manakala Sungai Johor berada pada paras amaran iaitu 2.43 meter hampir mendekati aras bahaya 2.6 meter.
Seorang peniaga di Gerai Muafakat Jalan Niaga, Kota Tinggi di sini telah mengambil langkah awal mengemas dan meletakkan barangan kedai di tempat tinggi sejak Jumaat lalu.
Katanya kedai cenderahati yang diusahakan itu pernah kerugian 100 peratus ketika banjir 2007.
"Banjir pertama dialami pada tahun 2007 ketika itu tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang di kedai saya.
"Banjir kali kedua pada 2020, saya kerugian lebih RM5,000 manakala banjir pada tahun lalu, saya sempat menyelamatkan barangan kerana membuat persiapan awal.
"Jangkaan air pasang penuh berlaku pada hari ini. Jika berlaku air pasang dan hujan lebat tidak henti dalam masa lebih sejam sahaja kedai kami sudah boleh dilanda banjir.
"Memang persiapan sudah dibuat sejak pagi tadi pun saya sentiasa memerhati keadaan sekeliling bimbang jika tiba-tiba air naik namun dalam masa sama amat berharap agar tidak berlaku banjir," katanya.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/bh7kotas1_1704618440.jpg Keadaan banjir di Taman Desa Riang, Kota Tinggi. - Foto Polis Daerah Kota Tinggi
https://assets.bharian.com.my/images/articles/bh7kotas2_1704619007.jpg Pemantauan jalan dinaiki air oleh anggota Unit Kereta Peronda (JH 162), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di KM 2.7 Jalan Kota Tinggi-Kluang berhampiran simpang masuk Taman Daiman, Kota Tinggi, hari ini. - Foto ihsan Polis Daerah Kota Tinggisumber
Pages: [1]
View full version: Bandar Kota Tinggi mula dinaiki air


ADVERTISEMENT