mattzzx Publish time 7-1-2024 05:14 PM

Warga China dalang sindiket penipuan kad prabayar

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/sindiket-penipuan-pendaftaran-kad-prabayar.jpeg
Antara barangan yang dirampas dalam kejayaan menumpaskan sindiket penipuan pendaftaran kad prabayar yang beroperasi di daerah ini didalangi warganegara China. - Foto IHSAN POLIS

SEREMBAN – Polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban berjaya menumpaskan sindiket penipuan pendaftaran kad prabayar didalangi warganegara China yang beroperasi di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pada 3 Januari lalu, pihaknya melalui serbuan di dua lokasi berbeza di daerah ini berjaya menahan dua individu warga China berkenaan serta merampas pelbagai barangan bagi tujuan penipuan.

Menurutnya, antara barangan yang dirampas ialah 30 set komputer riba, 17 unit talefon bimbit pelbagai jenama, 104 unit sim box (multiplexer/modem pool), 30 unit pemacu pena ‘dongle’, 7315 keping kad sim telco, empat unit internet modem router dan tiga unit network switch.

“Siasatan polis mendapati sindiket ini terlibat dalam kegiatan penipuan pendaftaran kad prabayar (simkad) secara tidak sah yang menyasarkan pelanggan di negara Hong Kong.

“Kumpulan ini juga disyaki membekal kad prabayar secara atas talian kepada ahli sindiket lain untuk digunakan bagi tujuan penipuan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Menurut Arifai lagi, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/01/07/warga-china-dalang-sindiket-penipuan-kad-prabayar/
Pages: [1]
View full version: Warga China dalang sindiket penipuan kad prabayar


ADVERTISEMENT