mattzzx Publish time 7-1-2024 05:10 PM

Wanita berdepan detik cemas dihanyut air

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/Tangkap-layar-dua-lelaki-kelihatan-cuba-membantu.jpeg
Tangkap layar dua lelaki kelihatan cuba membantu menyelamatkan mangsa.

KOTA TINGGI – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dia nyaris lemas dihanyutkan arus deras setelah kereta dipandunya terjatuh ke dalam longkang besar.

Menerusi sebuah rakaman video berdurasi 15 saat yang tular di laman sosial dan dikongsikan di dalam facebook Orang Kota Tinggi mendakwa kejadian itu dipercayai berlaku di Jalan Bukit Samsu, Jalan Kota Tinggi-Mersing, di sini.

Dalam rakaman itu, seorang wanita dewasa dipercayai pemandu kereta berpaut pada Perodua Myvi berwarna kelabu yang dihanyutkan arus deras longkang tersebut.

Dua lelaki kelihatan cuba membantu menyelamatkan mangsa dengan seorang lelaki serta-merta menarik wanita berkenaan dan mereka dilaporkan selamat.

Rata-rata pengguna meninggalkan komen menyatakan syukur dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki yang menyelamatkan mangsa. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/01/07/video-wanita-berdepan-detik-cemas-dihanyut-air/
Pages: [1]
View full version: Wanita berdepan detik cemas dihanyut air


ADVERTISEMENT