Vellfire Publish time 7-1-2024 03:52 PM

Perlu RM30 juta baiki jalan, cerun, jambatan rosak akibat banjir di Johor

https://assets.bharian.com.my/images/articles/tampal_1704607182.jpg
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan melakukan tinjauan jalan rosak di Jalan Kluang - Mersing, Kluang, Johor. - Foto NSTP/Mohamad Fahd Rahmat
KLUANG: Sebanyak RM30 juta diperlukan bagi membaiki jalan, cerun dan jambatan yang rosak akibat banjir di negeri ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata sebanyak 37 lokasi rosak akibat bencana itu dikenal pasti dengan Kluang, Mersing dan Kota Tinggi adalah daerah paling teruk terjejas.
"Alhamdulillah saya turun padang melihat lokasi banjir di dua tempat, pertama di Jalan Kluang - Kota Tinggi yang mengalami masalah cerun runtuh dan di sini (Jalan Kluang - Mersing) ada kejadian air lintas dan merosakkan jalan.
"Ada 37 lokasi bencana iaitu banjir 29 lokasi, cerun runtuh ada lapan lokasi dan juga ada kerosakan jalan, anggaran awal memerlukan RM30 juta.
"Saya perlu berbincang di ibu pejabat kementerian bagaimana cara memastikan perkara ini diselesaikan," katanya ketika lawatan kerja di Jalan Kluang - Mersing, hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh dan Pengarah JKR Negeri Johor, Abu Bakar Abd Aziz.
Ahmad berkata, kerja pembaikan cerun akan dilakukan seawal minggu ini manakala kerja pembaikan dan jalan bergantung keadaan cuaca.
Beliau berkata, kementeriannya menetapkan tempoh 24 jam bagi kerja tampalan di Jalan Persekutuan yang berlubang akibat bencana alam.
"Kita ada SOP (prosedur operasi standard) di kementerian untuk menampal dalam masa 24 jam, dan setakat ini KPI (petunjuk prestasi utama) penampalan 24 jam itu telah kita penuhi.
"Tetapi kalau kerosakan yang agak panjang begini, tidaklah boleh 24 jam, tapi kalau berlubang, memang dalam tempoh 24 jam," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad berkata, lebih 5,000 kawasan di Jalan Persekutuan di seluruh negara yang berlubang ditampal tahun lalu.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/01/1197201/perlu-rm30-juta-baiki-jalan-cerun-jambatan-rosak-akibat-banjir-di
Pages: [1]
View full version: Perlu RM30 juta baiki jalan, cerun, jambatan rosak akibat banjir di Johor


ADVERTISEMENT