Vellfire Publish time 7-1-2024 02:40 PM

Segamat kembali banjir

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bahgamataa_1704599279.jpg
Anggota polis menjalankan pemantauan banjir di Segamat. - Foto FB Polis Daerah Segamat
JOHOR BAHRU: Segamat menjadi daerah keempat dan terbaharu dilanda banjir di Johor dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka pagi tadi.
PPS di Balairaya Kampung Batu Badak yang ditutup pada jam 5 petang Selasa lalu, dibuka semula jam 10 pagi berikutan ada penduduk yang perlu dipindahkan dengan jumlah terkini mangsa masih dikemaskini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah menasihatkan penduduk tinggal di kawasan rendah serta sering dilanda banjir supaya sentiasa memantau keadaan semasa dan berpindah segara jika paras air naik mendadak.
"Sila pantau setiap aktiviti anak-anak supaya tidak bermain air banjir kerana dikhuatiri dibawa arus dan bagi mengelakkan perkara tidak diingini," katanya melalui kenyataan dimuat naik di Facebook Polis Daerah Segamat.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/415548182_719229690382626_8703846330685205722_n_1704599282.jpg
https://assets.bharian.com.my/images/articles/415893143_719229740382621_341898545646119280_n_1704599284.jpg
- Foto FB Polis Daerah Segamat
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), memaklumkan setakat jam 10 pagi tadi, empat daerah di Johor terjejas banjir dan tujuh PPS beroperasi.
"Jumlah mangsa banjir di tiga daerah lain, iaitu Kota Tinggi, Mersing dan Kluang masih kekal 338 orang daripada 92 keluarga. Di Mersing, seramai 170 orang daripada 45 keluarga ditempatkan di PPS, manakala di Kota Tinggi kekal 84 orang daripada 19 keluarga ditempatkan di tiga PPS.
"Di Kluang juga, mangsa banjir kekal 84 orang daripada 28 keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, tiga jalan di Kota Tinggi terjejas akibat bencana itu dengan Jalan Mawai Lama dibuka hanya untuk kenderaan berat, manakala Jalan Kota Tinggi-Kluang dan Jalan Kota Tinggi-Kulai ditutup kepada semua jenis kenderaan.
Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga hari ini di semua daerah di Johor, namun tiada sebarang amaran ribut petir di mana-mana kawasan.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/417113597_719231827049079_1670085586707177259_n_1704599287.jpg
https://assets.bharian.com.my/images/articles/415949915_719229630382632_5817777589710216405_n_1704599289.jpg

https://assets.bharian.com.my/images/articles/415949915_719229630382632_5817777589710216405_n_1704599289.jpg
Pages: [1]
View full version: Segamat kembali banjir


ADVERTISEMENT