mattzzx Publish time 7-1-2024 01:38 PM

Tiga sungai di Johor lepasi paras bahaya

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhsungai07_1704605280.jpg
Sungai Skudai, Johor. - Foto fail

JOHOR BAHRU: Tiga sungai di negeri ini dilaporkan melepasi paras bahaya setakat jam 12 tengah hari tadi.

Berdasarkan laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai terbabit adalah Sungai Kahang di Kluang, Sungai Kepala Orang di Kota Tinggi dan Sungai Skudai di Johor Bahru.

Sungai Kahang yang mana lembangan sungainya di Kampung Contoh, mencatatkan bacaan paras air semasa ialah 14.59 meter berbanding paras normal 14.5 meter.

Sungai Kepala Orang (Kampung Kota Jaya) mencatatkan bacaan paras air semasa 8.67 meter melepasi paras normal lapan meter dan Sungai Skudai (Kampung Laut) yang paras normalnya tiga meter kini mencatatkan bacaan aras semasa 3.09 meter.



Terdapat enam sungai di negeri ini melepasi paras amaran iaitu Sungai Lenik di Batu Pahat; Sungai Johor dan Sungai Siam di Kulai; Sungai Tiram dan Sungai dan Sungai Skudai di Johor Bahru serta Sungai Ayer Hitam di Pontian.

Bagi Sungai Muar di Segamat; Sungai Sembrong di Batu Pahat; Sungai Skudai di Kulai; Sungai Sedili Besar dan Sungai Johor di Kota Tinggi dan Sungai Tebrau di Johor Bahru pula melepasi paras waspada.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/01/1197183/tiga-sungai-di-johor-lepasi-paras-bahaya
Pages: [1]
View full version: Tiga sungai di Johor lepasi paras bahaya


ADVERTISEMENT