mattzzx Publish time 7-1-2024 01:20 PM

Segamat buka PPS

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/pps_1704598782.jpg
GAMBAR hiasan

Johor Bahru: Segamat menjadi daerah keempat terjejas banjir di Johor apabila sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, 10 pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, PPS dibukan di Balairaya Kampung Batu Badak dan jumlah mangsa banjir sedang dikemaskini.

"Setakat 10 pagi tadi, empat daerah di Johor terjejas dengan banjir dan tujuh PPS beroperasi.

"Jumlah mangsa banjir di tiga daerah lain iaitu Kota Tinggi, Mersing dan Kluang kekal 338 orang daripada 92 keluarga.


"Di Mersing, jumlah mangsa banjir direkodkan adalah 170 orang daripada 45 keluarga di PPS, Kota Tinggi masih kekal dengan jumlah mangsa banjir seramai 84 orang daripada 19 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS dan di Kluang juga, mangsa banjir masih kekal seramai 84 orang daripada 28 keluarga di sebuah PPS," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1047958/segamat-buka-pps
Pages: [1]
View full version: Segamat buka PPS


ADVERTISEMENT