mattzzx Publish time 7-1-2024 01:10 PM

Jumlah mangsa banjir di Johor tinggal 440 orang

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm6suass_1704546150.jpg
Suasana di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan, Mersing. FOTO Ihsan APM Johor

Johor Bahru: Situasi banjir di Johor menunjukkan perkembangan baik apabila jumlah mangsa banjir terus berkurangan.

Sehingga jam 8 malam ini, jumlah mangsa banjir di tiga daerah terjejas di Johor mencatatkan penurunan kepada 440 orang daripada 119 keluarga, berbanding 1,149 orang daripada 297 keluarga pada jam 4 petang tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, Kota Tinggi yang sebelum ini teruk terjejas mencatatkan penurunan jumlah mangsa yang ketara selepas lima pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu ditutup jam 7 petang tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Kota Tinggi kini hanya merekodkan jumlah mangsa banjir seramai 84 orang daripada 19 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS.



"Di Mersing dan Kluang, jumlah mangsa banjir masih kekal iaitu masing-masing seramai 272 orang daripada 72 keluarga yang ditempatkan di dua PPS dan 84 orang daripada 28 keluarga di sebuah PPS," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1047842/jumlah-mangsa-banjir-di-johor-tinggal-440-orang
Pages: [1]
View full version: Jumlah mangsa banjir di Johor tinggal 440 orang


ADVERTISEMENT