mattzzx Publish time 7-1-2024 12:56 PM

Penduduk Kampung Seri Gambut berjaga-jaga

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/AIR-kelihatan-mula-naik-di-Jalan-Kempas.jpeg
AIR kelihatan mula naik di Jalan Kempas, Kampung Seri Gambut, Pekan Nanas, di Pontian, Johor berikutan hujan berterusan sehingga sekarang.

PONTIAN – Kawasan ‘hotspot’ banjir di Jalan Kempas, Kampung Seri Gambut, Pekan Nanas, di sini menunjukkan air mula naik berikutan hujan yang turun pada sejak semalam sehingga hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kawasan (12) Mukim Pontian, Adam Yusof berkata, pihaknya telah meminta penghuni empat buah rumah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan banjir.

Katanya, jawatankuasa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga telah diarah bersiap sedia bagi membuka PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya sekiranya banjir berlaku dan ada pemindahan mangsa.

Menurut Adam, dia juga akan memaklumkan segera kepada Penghulu Mukim Pontian seterusnya memaklumkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Pontian.

“Selain Kampung Seri Gambut, pihaknya juga memantau Kampung Melayu Raya yang juga merupakan kawasan berisiko berlakunya kejadian banjir sepertimana tahun- tahun sebelumnya.

“Saya telah meminta semua ahli jawatankuasa MPKK bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlaku banjir di kedua-dua tempat ini bagi memudahkan gerak kerja menyelamat nanti,” katanya ketika dihubungi, di sini pagi hari ini.

Sementara itu, Seketeriat JPBD Pontian ketika dihubungi berkata, keadaan setakat ini terkawal walaupun hujan masih belum berhenti di daerah Pontian dari awal pagi hingga sekarang. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01/07/penduduk-kampung-seri-gambut-berjaga-jaga/
Pages: [1]
View full version: Penduduk Kampung Seri Gambut berjaga-jaga


ADVERTISEMENT