tari Publish time 7-1-2024 07:44 AM

Johor Bersih agenda berterusan jaga kebersihan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/onnhafizza1_1704532908.jpg
ONN Hafiz (tengah) mengetuai Program Gotong-royong Johor Bersih di Pantai Lido. FOTO Izz Laily Hussein
Johor Bahru: Inisiatif Johor Bersih yang dilaksanakan kerajaan negeri sejak 2022 membantu meningkatkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan menjaga kebersihan.
Sejak dilancarkan, semua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini giat melakukan pembersihan dan sepanjang tahun lalu, sebanyak 156,898 kilogram sampah berjaya dikutip.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri komited untuk memastikan seberapa banyak lokasi dekat setiap daerah di negeri ini yang menekankan aspek kebersihan.
"Saya tengok alhamdulillah, dari 2022 hingga sekarang, hampir semua PBT dan Pejabat Daerah terus mengadakan program Johor Bersih.
"Ini agenda berterusan yang mana kita boleh laksanakan gotong royong atau sebagainya dan saya lihat kesedaran daripada masyarakat dalam aspek kebersihan terus meningkat.
"Kerajaan negeri turut mengalu-alukan masyarakat untuk membuat aduan jika ada orang buang sampah dan sebagainya," katanya ketika ditemui selepas mengetuai Program Gotong-royong Johor Bersih di Pantai Lido di sini, hari ini.
Mengulas kebersihan di Pantai Lido, Onn Hafiz berkata, kawasan pantai itu boleh dijadikan lokasi riadah dan rekreasi buat orang ramai.
"Hari ini, alhamdulillah kira-kira 1,000 orang keseluruhannya hadir di Pantai Lido ini untuk sama-sama membersihkan pantai nostalgia ini.
"Kita membuat keputusan bahawa ini adalah kawasan yang boleh diguna pakai untuk masyarakat beriadah, cuma kita tidak benarkan untuk mereka berenang.
"Dari segi faktor keselamatan, memang kita tidak benarkan sesiapa untuk berenang, tetapi untuk berjalan dan joging itu boleh," katanya.sumber
Pages: [1]
View full version: Johor Bersih agenda berterusan jaga kebersihan


ADVERTISEMENT