mattzzx Publish time 6-1-2024 03:20 PM

400 parkir sementara atasi kesesakan di HSA

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/PARKIR-HSA.jpeg
ONN HAFIZ melakukan gimik pelancaran membina tempat letak kereta yang akan dibina berhadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri mengambil inisiatif menyediakan hampir 400 petak parkir sementara di kawasan berhadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini bagi mengatasi kesesakan di hospital tersebut.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kawasan parkir sementara yang terletak kira-kira 200 meter dari HSA itu boleh digunakan oleh orang awam seawal hujung bulan ini.

“Bagi fasa pertama, kita akan menyediakan sebanyak 178 petak parkir untuk kegunaan pengguna di HSA, dijangka akan siap akhir bulan ini sebelum sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

“Lebih 200 lagi akan dilaksanakan dalam fasa kedua mengikut keperluan dari masa ke semasa yang melibatkan jumlah keseluruhan tanah melebihi dua hektar, tapi kita tengok sambutan dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Gimik Pecah Tanah Tapak Letak Kenderaan HSA, di Jalan Abu Bakar, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor.

Sebelum ini, isu kekurangan petak parkir di HSA banyak kali disuarakan oleh orang awam sehingga ada yang meletakkan kenderaan di bahu jalan dan menyebabkan berlaku kesesakan luar biasa.

Hospital tertua di Johor itu mempunyai sebanyak 920 lot parkir untuk kegunaan awam dan kakitangan diwartakan di kawasan hospital dan tambahan 320 lot yang tidak diwartakan dan tidak berturap untuk kakitangan.

Dalam pada itu, Onn Hafiz memberitahu, bagi peringkat awal ini, orang awam boleh menggunakan parkir berkenaan secara percuma

“Dalam tempoh sebulan, parkir berkenaan akan diberikan secara percuma kemudian akan diserahkan kepada pihak HSA untuk mengendalikannya,” katanya.-KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/01/06/400-parkir-sementara-atasi-kesesakan-di-hsa/
Pages: [1]
View full version: 400 parkir sementara atasi kesesakan di HSA


ADVERTISEMENT