mattzzx Publish time 6-1-2024 01:29 PM

NS cadang guna teknologi Singapura untuk perkasa bidang pertanian

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/2015_MH230615YH068_1704514886.jpg
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan bercadang untuk mempelajari teknologi digunakan Singapura dalam usaha memperkasakan lagi sektor pertanian di negeri itu, sekali gus memberi impak positif dari segi pulangan pendapatan kepada petani.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi serta Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata, Singapura didapati berjaya memanfaatkan sisa tanaman yang sebelum ini menjadi bahan buangan tidak berguna sebagai sumber yang baik untuk sektor berkenaan.

"Kita (Negeri Sembilan) berhasrat untuk mempelajari teknologi yang mereka gunakan itu di mana semua sisa buangan terbabit diproses bagi menghasilkan tenaga yang boleh diperbaharui berasaskan hidrogen yang baik untuk sektor pertanian.

"Hasrat kita untuk mencontohi Singapura dan mempraktikan teknologi berkenaan di negeri ini, namun begitu kajian dan penyelidikan terperinci perlu dibuat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Beliau bersama Ketua Pegawai Eksekutif Invest Negeri Sembilan,Datuk Najmuddin Sharif Sarimon melawat Kawasan Perindustrian Shipyard Crescent, Singapura, baru-baru ini untuk melihat dari dekat teknologi yang digunakan negara berkenaan.

Jalaluddin berkata, sektor pertanian mempunyai skop yang lebih luas dan masih banyak ruang untuk diperkasakan.

"Melalui penerapan teknologi baharu itu, kita yakin industri pertanian di negeri ini khususnya, boleh ditambah baik dalam membantu menjana pendapatan tinggi kepada rakyat terutama golongan petani.

"Malahan, ianya juga diharap dapat menarik golongan muda dan bekassiswazah untuk berkecimpung dalam bidang pertanian serta industri asas tani," katanya.

Menurut beliau,teknologi baharu itu jika berjaya dibawa ke Negeri Sembilan akan menjadi projek serampang dua mata kepada pelbagai pihak.

Katanya, selain boleh dijadikan sebagai sumber tenaga baharu dan memberi pendapatan tambahan kepada petani, ianya juga selaras dengan anjakan dalam aspek ke arah kehijauan alam sekitar.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1047665/ns-cadang-guna-teknologi-singapura-untuk-perkasa-bidang-pertanian
Pages: [1]
View full version: NS cadang guna teknologi Singapura untuk perkasa bidang pertanian


ADVERTISEMENT