mattzzx Publish time 6-1-2024 01:24 PM

Hamilton mampu raih kejuaraan dunia kelapan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/LEWIS-HAMILTON.jpg
HAMILTON memburu kejuaraan dunia kelapan untuk muncul legenda F1 mengatasi pencapaian Schumacher. - AFP

LONDON – Bekas ketua pegawai eksekutif Formula Satu, Bernie Ecclestone percaya pelumba Mercedes, Lewis Hamilton mempunyai kemampuan untuk memburu gelaran dunia sekali gus memecahkan rekod pemenang kejuaraan dunia paling banyak musim ini.

Hamilton dan Michael Schumacher berkongsi rekod yang sama iaitu muncul tujuh kali pemenang kejuaraan dunia dan pelumba dari Britain itu dilihat semakin kesuntukan masa untuk meleburkan rekod berkenaan dengan meraih gelaran kelapan.

“Saya berharap dia mampu untuk melakukannya. Dia mampu mencipta sejarah baharu dalam perlumbaan F1 (memenangi gelaran kelapan),” katanya.

Bagaimanapun, harapan Hamilton kini terletak kepada kemampuan Mercedes untuk menghasilkan jentera terbaik bagi membolehkannya menyaingi pelumba-pelumba Red Bull yang cukup kompetitif sejak beberapa musim lalu.

Hamilton hanya memerlukan satu lagi kejuaraan dunia untuk meletakkannya sebagai legenda saingan tersebut, namun Ecclestone mengakui tugas tersebut bukan mudah ketika Max Verstappen berada pada prestasi yang cukup baik ketika ini.

“Saya fikir Vertsappen memiliki ciri-ciri seperti Schumacher. Dia bukan seorang yang mudah berpuas hati dan sedia berkompromi dengan perkara kecil seperti juga Schumacher,” jelasnya. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2024/01/06/hamilton-mampu-raih-kejuaraan-dunia-kelapan/
Pages: [1]
View full version: Hamilton mampu raih kejuaraan dunia kelapan


ADVERTISEMENT