mattzzx Publish time 6-1-2024 11:59 AM

Mangsa banjir di Johor meningkat

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/zxc222_1704503212.jpg
Mangsa banjir di Johor kini meningkat kepada 1197 orang. FOTO BERNAMA

Johor Bahru: Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 1,197 orang membabitkan 310 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 1,153 orang malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, semua mangsa daripada empat daerah terjejas ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS).

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Kota Tinggi masih menjadi daerah teruk terjejas dengan 793 mangsa (197 keluarga) ditempatkan di lapan PPS.

"Di Mersing, seramai 277 mangsa (73 keluarga) ditempatkan di dua PPS, diikuti Kluang yang mempunyai satu PPS untuk 84 mangsa (24 keluarga), serta satu PPS lagi di Johor Bahru yang mempunyai 43 mangsa (12 keluarga)," katanya dalam kenyataan hari ini.



Sementara itu, berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) negeri, Jalan Kampung Orang Asli Peta di Mersing dan Jalan Mawai Lama di Kota Tinggi masih ditutup kepada semua jenis kenderaan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk sehingga esok di Mersing dan Kota Tinggi, manakala amaran hujan berterusan tahap waspada di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1047630/mangsa-banjir-di-johor-meningkat
Pages: [1]
View full version: Mangsa banjir di Johor meningkat


ADVERTISEMENT