mattzzx Publish time 6-1-2024 11:58 AM

Calon SPM ulang kaji di PPS

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ulangkaji23_1704502880.jpg
Calon SPM, Muhd Aidil Haqimi (kanan), Nor Syahirah (dua dari kanan) dan pasangan kembar Nursuhada Roslim (kiri) serta Nurwahida Roslim (dua kiri), masing-masing 18 tahun mengulangkaji di PPS Dewan Muafakat Cahaya Baru Masai. FOTO OMAR AHMAD

Pasir Gudang: Biarpun terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat kediaman digenangi air banjir, ia tidak mematahkan semangat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melakukan persediaan menghadapi peperiksaan itu, Isnin ini.

Nor Syahirah Azrin, 18, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai berkata, situasi sukar itu dianggap sebagai cabaran untuk lebih berjaya.

Katanya, banjir di Kampung Sentosa Damai kelmarin menyebabkan baju seragam sekolahnya basah, manakala buku dan peralatan sekolah lain sudah diletak di tingkat dua rumah.

"Tadi ibu sudah basuh baju saya. Kelmarin hujan jam 6.30 lagi ketika saya bersiap ke sekolah, dan air mula naik menyebabkan kami terpaksa berpindah.



"Apapun saya tetap semangat, sebab tahun lalu pun abang menduduki SPM ketika banjir dengan memakai pakaian biasa ke sekolah," katanya ketika ditemui di PPS Dewan Muafakat Cahaya Masai di sini.

Sementara itu, seorang calon SPM, Muhd Aidil Haqimi Abu Bakar, 18 mengakui sudah 'penat' menghadapi banjir di kawasan di kawasan kediamannya.

"Sebenarnya ada rasa lemah semangat hendak menduduki SPM ini. Tak tahu nak kata apa sebab fikir keadaan rumah naik air, hampir setiap bulan.

"Tetapi saya tetap ulangkaji pelajaran, Isnin ini kami akan menduduki peperiksaan subjek Bahasa Melayu Lisan," katanya
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1047628/calon-spm-ulang-kaji-di-pps
Pages: [1]
View full version: Calon SPM ulang kaji di PPS


ADVERTISEMENT