mattzzx Publish time 6-1-2024 11:41 AM

MotoGP: Luca Marini yakin projek Honda

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/LUCA-MARINI.jpg
MARINI percaya Honda mampu untuk menghasilkan jentera yang lebih kompetitif bagi menghadapi saingan musim baharu nanti. - X REPSOL HONDA

LONDON – Pelumba baharu Repsol Honda, Luca Marini optimis mampu untuk mengembalikan kegemilangan pasukan tersebut biarpun mereka terpaksa mengharungi beberapa musim yang mengecewakan sebelum ini.

Pelumba kelahiran Itali tersebut menyertai Honda dengan kontrak dua tahun bagi mengambil alih tempat Marc Marquez selepas juara dunia MotoGP enam kali tersebut membuat keputusan untuk menyertai pasukan satelit Ducati, Gresini Racing.

Tegas Marini, dia dan pasukannya telah menekan butang ‘reset’ untuk membina semula jentera yang lebih baik agar Honda mampu berjuang menjulang semula gelaran dunia MotoGP selepas ini.

“Ini adalah matlamat kami dan sasaran kami. Saya yakin 2024 adalah tahun penting bagi kami meningkatkan kembali prestasi pasukan ini pada tahap terbaik semula.

“Pertama sekali, Honda adalah pasukan terbaik dalam sejarah perlumbaan MotoGP dan ia dapat dilihat menerusi statistik perlumbaan sebelum ini.

“Saya benar-benar yakin Honda mempunyai kemampuan untuk kembali pada tahap terbaik semula. Saya akan cuba memberi sepenuh tenaga saya pada projek baharu ini dan yakin Honda akan menemui titik kebangkitan yang betul.

“Pada musim 2024 ini, saya mahu memulakan musim dengan fikiran terbuka dan berjuang untuk ke arah podium dan juga kemenangan bersama Honda. Biarpun akan menghadapi kesukaran tetapi kita perlu terus melihat kehadapan,” kata Marini.

Pada sesi ujian pramusim di Valencia, Marini menampilkan tunggangan yang positif biarpun kali pertama menungangan jentera Honda apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-10 terpantas dan hanya dipisahkan 0.703s dengan pelumba terpantas iaitu Maverick Vinales (Aprilia). – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01/05/motogp-luca-marini-yakin-projek-honda/
Pages: [1]
View full version: MotoGP: Luca Marini yakin projek Honda


ADVERTISEMENT