Friska Publish time 6-1-2024 09:38 AM

‘Mereka Tak Ada Masa Main TikTok’ – ‘Founder’ Ini Kongsi Imej Pemakai Tudung Jenama Mewah

https://thevocket.com/app/uploads/2024/01/vocket-founder-bawal-exclusive-pelanggan-tak-main-tiktok-header-700x350.jpg

‘Mereka Tak Ada Masa Main TikTok’ – ‘Founder’ Ini Kongsi Imej Pemakai Tudung Jenama Mewah
January 5, 2024 - 8:14 PM

Pada 16 Disember 2023 lalu, telah berlangsungnya acara eksklusif ulang tahun ke-25 jenama tudung mewah tempatan ‘Bawal Exclusive’ dengan penuh gilang-gemilang di Sunway Resort Hotel.

Sememangnya untuk turut serta ke dalam majlis itu bukanlah mudah. Apatah lagi gaun dihiasi kristal Swarovski yang dipakai oleh pengasasnya sendiri, Puan Haliza Masyuri berharga RM250,000.

Hanya pembeli dengan jumlah terkumpul RM5,000 sepanjang awal Januari hingga akhir Oktober 2023 sahaja berpeluang terpilih untuk menghadiri acara tersebut.

Difahamkan lebih 800 tetamu telah menghadiri acara tersebut. Mereka terdiri daripada ‘Top 10′ pembelian tertinggi tudung Bawal Exclusive.


7320049575954222357
Dalam video terbaharu di akaun TikTok peribadi Puan Haliza, beliau berkongsi highlight acara tersebut walaupun mereka (para tetamu) tiada akaun TikTok.

“Saja nak kongsi di sini wajah-wajah wanita-wanita kaya dan berkerjaya pemakai jenama mahal tudung Bawal Exclusive walaupun mereka ini tak ada masa main TikTok,” ujar beliau.

Perkongsian video TikTok itu telah mendapat sokongan dan pujian daripada netizen. Mereka berpendapat pelanggan-pelanggan inilah membantu Bawal Exclusive berkembang.

Sekaligus membolehkan jenama tudung mewah itu mengeluarkan zakat dalam jumlah yang besar bagi membantu golongan-golongan yang memerlukan.

https://thevocket.com/app/uploads/2024/01/vocket-founder-bawal-exclusive-pelanggan-tak-main-tiktok-5.jpg
https://thevocket.com/app/uploads/2024/01/vocket-founder-bawal-exclusive-pelanggan-tak-main-tiktok-3.jpg
https://thevocket.com/app/uploads/2024/01/vocket-founder-bawal-exclusive-pelanggan-tak-main-tiktok-4.jpg

Pada masa sama ada pelanggan yang meluahkan harapan agar dapat membeli dan memakai produk keluaran Bawal Exclusive sama seperti wanita-wanita berkerjaya yang lain.

Selain meraikan pelanggan-pelanggan dari seluruh Malaysia yang banyak menyokong dan menaikkan jenama Bawal Exclusive, acara itu turut meraikan Premium Reseller yang menjadi tunggak utama dalam memperluaskan lagi rangkaian jenama tudung mewah itu di seluruh Malaysia.

matjerk Publish time 6-1-2024 09:52 AM

"Tak ada masa main tiktok"????

Bukan ke pemilik BE Putrajaya & Terengganu.
Balu Jalani Ngah bekas setiasaha Najib Razak..
Si Datin Mas..yg baru kawen dgn pucuk muda ber seluar skinny jeans.. yg selalu posing dgn kereta merc datin tu... selalu main tiktok ke???

N content2 dia.. semua cringe... pastu kuat filter..
N dia ingat org x tau ke dia filter berlapis2....?
Org yg pnh tgk dia in live...bgtau..lain bebenor live n tiktok. Hehebehehe

SalenaGomez Publish time 6-1-2024 09:57 AM

matjerk replied at 6-1-2024 09:52 AM
"Tak ada masa main tiktok"????

Bukan ke pemilik BE Putrajaya & Terengganu.


Dia kata pemakai2 yg xde tiktok :lol:

jihyomelly Publish time 6-1-2024 11:41 AM

dia kan yg kadang2 angin maki hamun pekerja..angin gila satu macam punya..ke iols silap org..

honeystar_11 Publish time 6-1-2024 11:44 AM

Dah kenapa la dia ni masuk gosip tempatan. Artis ke dia ni

emera Publish time 6-1-2024 12:44 PM

Pompuan ni indon mcm friskah ke???

Rogue98 Publish time 6-1-2024 12:55 PM

Dia ni try hard nye lah nak berlagak...pakai harga ratus ribu baju tapi muka pun tak seberapa. Tengok Najanirah tu pakai bawal murah pun dah lawa and nampak mahal.
Pelanggan dia siapa? Ada Queen or kerabat raja beli ke?

Dolmat Publish time 6-1-2024 01:02 PM

Edited by Dolmat at 6-1-2024 01:08 PM

Laki dia dah macam russian terlepas!
{:8_644:}

Ngapa mata kau berbungkus syaithan...?
Syaithan baru balik operation tuan.. Operation???? Lol
{:gif_laughing:}

Tuannn saya tak dapat jadi Hang Tuah kasi lah saya jadi Hang Kebunnn..
Hang Kebun tak boleh pakai keris mesti pakai cangkul!
Cangkul pun cangkul lahhhh!!

{:gif_haha:}

Dinda mari kanda kenalkan Khadam tua dalam rumah ini.. kerja nya di dalam rumah ini. Pencacai angkat najis!

{:8_645:}

Serious2 tak jeles.. duit kepok2 still money can't buy class!!
{:8_665:}

Laki bini muka warong tempeh!

{:8_651:}
.

telracs Publish time 6-1-2024 01:41 PM

>800 tetamu ni pelanggan dengan belian tudung bawal >RM5 K setiap seorang.

Mereka bukan orang persendirian, kan?
Mereka maybe agent atau memang peniaga yang menjual tudung.

Kah?

noor2 Publish time 6-1-2024 02:55 PM

Mmg boleh bertukar jd cantik ke pemakai tudung dia ni?...

Mekpah2 Publish time 6-1-2024 03:03 PM

iols xheran tudung dia mahal ke murah..ada duit beli..xde duit duk diam2..tp owner sejenis riak xmenunduk ke bumi langsung..meluat sungguh tengok

HappyGumbira Publish time 6-1-2024 03:14 PM

Material dia mesti A yang macam bawal zaman 20 tahun dulu harga 38 hinggit paling murah. Bapak ar mahal rasa masa tu. Yang buat jadi ribu riban sebab batu batan tu je la kot

SpyLeman Publish time 6-1-2024 03:14 PM

matjerk replied at 6-1-2024 09:52 AM
"Tak ada masa main tiktok"????

Bukan ke pemilik BE Putrajaya & Terengganu.


Apa nama Tiktok balu datuk jai tu?

nazurah Publish time 6-1-2024 03:21 PM

Seingat iols azmee antara pembeli tudung sheols, pernah keluar kat sokabo dulu. Tak tahu la kalau masih jd customer BE.

Tak dinafikan kadang sheols agak rempit sikit tp iols suka tengok dia memasak. Banding dia dgn tokri, better tengok tokey BE ni masak

honeybee1802 Publish time 6-1-2024 03:28 PM

Dolmat replied at 6-1-2024 01:02 PM
Laki dia dah macam russian terlepas!




Awat aku ngk laki dia tak aura ong kaya...aura buruh binaan ja...kalo yg ada aura ongkaya...pakai selipar jepung masih terpancsr sirnanya

elnor_81 Publish time 6-1-2024 03:32 PM

Aku x suka BE. Aku rse lembik tudung tu. Tersilap msuk mesin, abis material tu. Lembik selembiknya..mmg klo pakai BE tu, hari aku murung. Baik pakai bawal murah. Masuk mesin pun..gosok smula..elok terletak.

hotmak Publish time 6-1-2024 03:34 PM

Dolmat replied at 6-1-2024 01:02 PM
Laki dia dah macam russian terlepas!




kreatif sangat ni ;P

rosevelvet Publish time 6-1-2024 03:36 PM

matjerk replied at 6-1-2024 09:52 AM
"Tak ada masa main tiktok"????

Bukan ke pemilik BE Putrajaya & Terengganu.


Dia kawen ngn dato jugak ke sbb carry nm datin. Btw dulu dia selalu show off arwah laki beli dia mcm2. Tp dia bukan pengasas BE kan. Pgasas dia pn haliza masuri ni.

rayray28 Publish time 6-1-2024 03:36 PM

Top 10 tp nape ramai?? Ikut daerah or negeri eh

rosevelvet Publish time 6-1-2024 03:38 PM

Rogue98 replied at 6-1-2024 12:55 PM
Dia ni try hard nye lah nak berlagak...pakai harga ratus ribu baju tapi muka pun tak seberapa. Tengo ...

Yg kesian tgk laki dia sekali kena jd raja. Mcm thn kentut. Sian tgk
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: ‘Mereka Tak Ada Masa Main TikTok’ – ‘Founder’ Ini Kongsi Imej Pemakai Tudung Jenama Mewah


ADVERTISEMENT