mattzzx Publish time 4-1-2024 05:05 PM

Adzli Abu Shah dilantik Timbalan Ketua Polis Kedah

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/01/04/2485794.jpg
Adzli (kiri) menerima serah tugas daripada Abu Samah sambil disaksikan oleh Fisol (tengah) di IPK Kedah pada Khamis. Foto Polis Kedah


ALOR SETAR - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Deputi Komisioner Adzli Abu Shah telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah yang baharu, berkuat kuasa pada Khamis.

Beliau menggantikan Deputi Komisioner Datuk Abu Samah Mohd Noor yang mengalas tanggungjawab sebagai Komandan Maktab PDRM di Kuala Lumpur.

Sebelum majlis serah tugas disempurnakan, Ketua Polis Kedah, Komisioner Datuk Fisol Salleh telah menyempurnakan pemakaian pangkat Deputi Komisioner kepada Adzli.


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/01/04/2485795.jpg
Fisol (kanan) memakaikan pangkat Deputi Komisioner kepada Adzli sambil dibantu Abu Samah (kiri). Foto Polis Kedah

Majlis yang diadakan di Dewan Tunku Ibrahim, IPK Kedah itu turut dihadiri Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Polis Daerah.

Dalam majlis sama, juga turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah di antara Adzli dan Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Azhar yang memangku jawatan tersebut.

https://www.sinarharian.com.my/article/642630/edisi/perak/adzli-abu-shah-dilantik-timbalan-ketua-polis-kedah
Pages: [1]
View full version: Adzli Abu Shah dilantik Timbalan Ketua Polis Kedah


ADVERTISEMENT