mattzzx Publish time 4-1-2024 04:45 PM

4 wanita warga asing tawar khidmat seks diberkas

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/WhatsApp-Image-2024-01-04-at-15.37.13-1.jpeg
WANITA warga asing yang ditahan dalam satu operasi Ops Gegar di sebuah pusat refleksologi di Endau, Mersing malam semalam.

MERSING – Empat wanita warga asing ditahan dalam satu operasi Ops Gegar di sebuah pusat refleksologi di Endau di sini selepas dipercayai melakukan aktiviti tidak bermoral yang berselindung di pusat urut.

Pengarah Imigresen Negeri Johor, Baharuddin Tahir berkata, serbuan di sebuah premis itu dilakukan pada pukul 9.12 malam semalam oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasa Cawangan Mersing.

“Tindakan diambil susulan maklumat awam yang diterima menyatakan terdapat beberapa warganegara asing yang melakukan perbuatan tidak bermoral dan menyalahi undang-undang di negeri ini.

“Kesemua mereka yang ditahan adalah tiga orang perempuan warga Indonesia dan seorang perempuan warga Thailand.

“Mereka yang ditahan berusia antara 27 hingga 34 tahun. Jabatan Imigresen Malaysia Johor turut merampas 9 unit kondom, 2 helai tuala, 2 botol minyak urut dan buku rekod pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01/04/4-wanita-warga-asing-tawar-khidmat-seks-diberkas/
Pages: [1]
View full version: 4 wanita warga asing tawar khidmat seks diberkas


ADVERTISEMENT