mattzzx Publish time 4-1-2024 04:37 PM

Dua beradik didakwa tetak pemuda hingga mati

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/WhatsApp-Image-2024-01-04-at-12.48.09.jpeg
DUA beradik P. Jagdeeshraj dan Vasantharaj didakwa atas dakwaan membunuh seorang lelaki di persimpangan Jalan Trus - Jalan Ungku Puan di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan membunuh seorang lelaki di persimpangan Jalan Trus – Jalan Ungku Puan di sini Oktober lalu.

Kedua-dua tertuduh, P. Jagdeeshraj, 20, dan Vasantharaj, 21, bagaimanapun hanya mengangguk tanda faham, manakala tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd. Suah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka berdua bersama tiga lagi yang masih bebas didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Syafiq Abd. Latif, 25.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di persimpangan Jalan Trus – Jalan Ungku Puan, di sini, pada pukul 1.08 pagi, 27 Oktober lalu. Atas kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula bagi kedua-dua tertuduh yang bekerja sebagai pencuci kereta dan pembantu kedai itu pada 6 Mac depan.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01/04/dua-beradik-didakwa-tetak-pemuda-hingga-mati/
Pages: [1]
View full version: Dua beradik didakwa tetak pemuda hingga mati


ADVERTISEMENT