mattzzx Publish time 4-1-2024 01:11 PM

MotoGP: Usaha Yamaha pujuk Quartararo

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/YAMAHA.jpg
QUARTARARO mengugut untuk meninggalkan Yamaha sekiranya pasukannya itu terus gagal dalam usaha pembaharuan jentera mereka. - AFP

LONDON – Pasukan Yamaha dilihat telah mengambil langkah berani apabila merekrut dua jurutera utama Ducati sebagai persiapan untuk meyakinkan pelumba utamanya, Fabio Quartararo agar kekal bersama mereka beberapa tahun lagi.

Justeru itu, Yamaha telah membawa masuk Jurutera Prestasi Enjin dari Ducati, Massimo Bartolini yang ditugaskan menjadi Pengarah Teknikal baharu Yamaha sebagai persiapan menjelang perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2024.

Bukan sahaja Bartolini meninggalkan Ducati, malah Marco Nicotra turut meletakkan jawatan bersama pasukan Itali itu untuk menjadi Ketua Aerodinamik Yamaha pada Oktober lalu.

Kehadiran Bartolini merupakan langkah penting buat Yamaha selepas mengalami kesukaran pada 2023 dan Yamaha berharap kehadiran dua individu itu mampu membawa perubahan besar kepada mereka pada musim 2024 ini.

Walau bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada Bartolini akan menggantikan Kazutoshi Seki yang memimpin projek M1 tahun lalu.

Perubahan drastik ini adalah sebagai persiapan untuk mengekalkan Quartararo selepas pelumba berusia 24 tahun itu sering kali memberi amaran bersedia mencari ‘rumah’ baharu sekiranya Yamaha masih gagal menyediakan jentera terbaik buatnya.

Kontrak juara dunia MotoGP 2021 tersebut dengan Yamaha akan tamat pada akhir musim ini, dan pengeluar Jepun itu tahu bahawa dia akan meninggalkan mereka kecuali mereka menyediakan jentera yang lebih kompetitif berbanding tahun lalu. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01/04/motogp-usaha-yamaha-pujuk-quartararo/
Pages: [1]
View full version: MotoGP: Usaha Yamaha pujuk Quartararo


ADVERTISEMENT