mattzzx Publish time 4-1-2024 11:27 AM

Polis giat kesan suspek kes katerer tipu pengantin

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/polis_1704334999.jpg
GAMBAR hiasan

Jempol: Polis giat mengesan wanita yang disyaki terbabit dalam penipuan urusan katering membabitkan seorang pengantin wanita di sini, pada 24 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, setakat ini, polis sudah pergi ke saudara-mara suspek bagi mengesan wanita itu.

Katanya , usaha polis mendapatkan keterangan daripada suami suspek juga tidak berhasil kerana dia dipercayai turut menghilangkan diri.

Justeru itu katanya, polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan suspek berusia 39 tahun itu dengan alamat terakhirnya di Taman Alam Budiman, Shah Alam.



"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, Sarjan Norhisham Zulkifli di talian 017-6219957 atau 06-4582222 sambungan 102," katanya.

Media pada 25 Disember melaporkan, sebuah keluarga pengantin perempuan terpaksa memasak sendiri juadah untuk tetamu selepas katerer tidak muncul.

Pengantin perempuan juga sudah membayar RM13,200 kepada katerer bagi menyediakan hidangan untuk 1,000 tetamu selain pelamin dan baju kahwin.

Hoo dalam satu kenyataan sebelum itu berkata, pengantin wanita itu dipercayai menjadi mangsa penipuan selepas berurusan secara dalam talian bagi mendapatkan khidmat pakej perkahwinan.

Katanya, mangsa membuat tiga kali pembayaran secara berperingkat, secara dalam talian, kepada seorang perancang perkahwinan dari Shah Alam.

Semakan polis melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati syarikat katering itu didaftarkan atas nama suami kepada wanita berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1047012/polis-giat-kesan-suspek-kes-katerer-tipu-pengantin
Pages: [1]
View full version: Polis giat kesan suspek kes katerer tipu pengantin


ADVERTISEMENT