EJALTI Publish time 3-1-2024 10:44 PM

Peserta Bintang RTM 2024 parah terbabit kemalangan kereta

Peserta Bintang RTM 2024 parah terbabit kemalangan kereta

https://www.bharian.com.my/hibur ... t-kemalangan-kereta

Oleh Najiy Jefri - Januari 3, 2024 @ 9:48pm
najiy.jefri@hmetro.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2024-01-03_at_9.42.29_PM_1704289666.jpg
Kecederaan dialami Rezza. Foto HM Online

KUALA LUMPUR: Dua peserta Bintang RTM 2024, Muhammad Shahrezza, 21, dan Mohd Azumi Shazani, 25, dilaporkan stabil selepas terbabit dalam kemalangan di Taman Midah, Cheras, di sini, Khamis lalu.

Penerbit Bintang RTM 2024, Yang Faziatun Zainal Abedin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.35 pagi itu difahamkan kereta Perodua Bezza yang dipandu Azumi tiba-tiba dirempuh sebuah kereta Mercedes Benz.

"Ketika kejadian, mereka sedang dalam perjalanan untuk membuka akaun bank. Namun, tiba-tiba kereta dipandu dilanggar sebuah kereta Mercedes Benz yang tidak dapat dikesan.

"Kemudian kereta terbabit dirempuh pula dengan sebuah lagi kereta Honda hingga mengakibatkan kedua-duanya dikejarkan ke hospital berhampiran menaiki ambulans.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2024-01-03_at_9.42.29_PM_%281%29_1704289673.jpg
Azumi alami kecederaan leher. Foto HM Online

"Sekarang Shahrezza sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Cheras manakala Azumi dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana cedera parah pada leher. Namun, kedua-dua mereka dilaporkan stabil," katanya.

Yang berkata, pihaknya masih menanti laporan kesihatan sama ada mereka dibenarkan terbabit pada konsert minggu pertama Bintang RTM 2024 yang dijadual membuka tirai pada 13 Januari ini.

"Diharapkan mereka berada dalam keadaan baik dan dibenarkan untuk beraksi dalam pertandingan ini.

"Kami akan mengumumkan senarai 16 peserta yang berjaya meloloskan diri dalam program ini pada 9 Januari ini. Diharapkan, Shahrezza dan Azumi tersenarai sekali gus beraksi di konsert minggu pertama nanti," katanya.

Mary_jane Publish time 26-2-2024 05:41 PM

Edited by Mary_jane at 26-2-2024 05:42 PM

Roxy Ixzy juara Bintang RTM 2024

KUALA LUMPUR : Kelunakan suara dan penyampaian penuh penghayatan pada konsert akhir Bintang RTM 2024 yang disiarkan secara langsung TV2 dari Auditorium Angkasapuri Seri Angkasa, Kota Media di sini, malam tadi, melayakkan Roxy Ixzy diangkat sebagai juara.
Roxy atau nama sebenar, Roziena Ixzy, 26, menerima hadiah wang tunai RM78,000 dan sebuah kereta Proton Iriz.
Gelaran naib juara menjadi milik Dhania yang membawa pulang wang tunai RM35,000 manakala Hady Huv memenangi tempat ketiga dengan ganjaran wang tunai RM20,000.
Tempat keempat hingga keenam menjadi milik Feka, Eylia Guntabid dan Joy di mana masing-masing memenangi wang tunai RM5,000.
Pada pusingan pertama iaitu tugasan solo, Roxy mendendangkan lagu A Woman's Worth yang dipopularkan Alicia Keys; Dhania (Ain't Nobody/Calra Khan); Hady (Ku Dengannya Kau Dengan Dia/Afgan); Feka (Jeritan Batinku/Allahyarham Tan Sri P Ramlee); Eylia (Stand Up/ Cynthia Erivo) dan Joy (Jika Kau Rasa Getarnya/Slam).
https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2024-02-25_at_12.33.36_AM_1708820898.jpgKelunakan suara dan ‘feel’ mendalam menjadi antara faktor Roxy diangkat juara Bintang RTM 2024 yang disiarkan secara langsung TV2, malam tadi. Foto FB RTM

Pusingan kedua berkonsep duet menyaksikan Roxy berganding dengan Hariz Fayahet mendendangkan lagu Percayalah nyanyian asal Afgan dan Raisa; Dhania dan Hafiz Zainal (Haram dendangan Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah) serta Hady dan Eryn Ghani (Cinta Dirgahayu dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir).
Feka bergandingan bersama Ameer Sofazr menyampaikan lagu Hijau dendangan Datuk Zainal Abidin; Eylia dan Rosario (Cinta dipopularkan Melly Goeslaw dan Krisdayanti) serta Joy dan Aisha Safia (Memori Berkasih dendangan Achik Spin dan Siti Nordiana).
Sementara itu, peserta yang tidak berjaya mara ke pentas akhir, Jon diumum Bintang Paling Popular hasil undian peminat sejak minggu pertama program dan meraih hadiah wang tunai RM10,000.
Bagi kategori Anugerah Juri Jemputan, Hady diumum pemenang dan menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan pakej tajaan spa.
Saingan peringkat akhir diadili juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan LY. Dua alumni Bintang RTM iaitu Ernie Zakri dan Aina Abdul menjadi juri jemputan.
Konsert akhir Bintang RTM 2024 dimeriahkan dengan persembahan Ernie, Aina dan penyanyi popular Indonesia, Anggi Marito.
Terdahulu, daripada 14 peserta bertanding, hanya enam yang layak mara ke pentas akhir Bintang RTM 2024. Mereka dipilih penerbit Bintang RTM 2024 merangkumi peserta berusia antara 15 tahun hingga 25 tahun.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/roxy2_1708820903.jpg


Roxy menerima hadiah kemenangan daripada Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman pada malam kemuncak Bintang RTM 2024, malam tadi. - NSTP/Saifullizan Tamadi

Konsert akhir Bintang RTM 2024 dikendalikan Awal Ashaari dan Sissy Iman.


Mary_jane Publish time 26-2-2024 05:42 PM

Sejuk beku betul BRTM ni. Kat X pun takde dok berbual pasal ni. :sleepy:

lilacomot Publish time 26-2-2024 06:06 PM

kesiannn...juara bakalan senduuu

rayna_raynes Publish time 26-2-2024 06:28 PM

Aku follow jugak show ni tapi since takde org bukak thread, takde ruang pulak nak mengulas haha.

Tapi top 3 semua deserving. Tapi semua tiga2 kena cari stylist sebab penampilan masing2 very the kg.com
Roxy tu iols suka sebab dia tak control cun atau feeling superstar
Dhania tu baru 15 tahun tapi potential dia tinggi. Kena groom elok2
Hady Huv boleh jadi the malaysian answer to Andmesh, tp kena usaha kuat

alesandra Publish time 26-2-2024 06:47 PM

rayna_raynes replied at 26-2-2024 06:28 PM
Aku follow jugak show ni tapi since takde org bukak thread, takde ruang pulak nak mengulas haha.

Ta ...

antara roxy dan dhania aku prefer dhania lagi.suara roxy tu terlalu sengau.dhania pulak gigi berterabur.bukan nakteeth shaming ke apa.tapi dari segi visual ia agak menggangu

rayna_raynes Publish time 26-2-2024 06:50 PM

alesandra replied at 26-2-2024 06:47 PM
antara roxy dan dhania aku prefer dhania lagi.suara roxy tu terlalu sengau.dhania pulak gigi berte ...

Haha tapi she baru 15, biasalah, masih ugly duckling phase. Iols suka body dia tinggi lampai slim. Pakai baju apa pun cantik

TomyamPuteh Publish time 26-2-2024 08:03 PM

Nk pegi bukak akaun dkt Maybank Tmn Midah ke tu? Moga2 dua2nya ok.
Pages: [1]
View full version: Peserta Bintang RTM 2024 parah terbabit kemalangan kereta


ADVERTISEMENT