mattzzx Publish time 3-1-2024 01:48 PM

MotoGP: Marquez tak boleh bawa masalah

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/Marc-Marquez.jpg
MARQUEZ dinasihatkan segera menyesuaikan diri dengan jentera Ducati jika tidak mahu mengalami nasib seperti Lorenzo pada 2017. – MARC MARQUEZ

LONDON – Bekas pelumba Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Andrea Dovizioso memberi amaran kepada juara dunia enam kali, Marc Marquez bahawa perpindahannya menyertai Gresini Ducati bakal menjadi sukar sekiranya dia ­gagal menyesuaikan diri secepat mungkin.

Sebagai rekod, Marquez yang sebelum ini menunggang jentera Repsol Honda sepanjang kariernya, telah membuat keputusan untuk membatalkan kontrak lebih awal dan menerima tawaran berhijrah ke Ducati.

Menurut Dovizioso, bukan mudah untuk mana-mana pelumba menyesuaikan diri de­ngan jentera baharu dan si­tuasi sama pernah di­alami juara du­nia tiga kali, Jorge Lorenzo ketika berhijrah daripada Yamaha ke Du­cati pada 2017.

“Buat masa sekarang pelumba terhebat Ducati masih lagi menjadi milik Francesco Bagnaia selaku juara dunia ketika ini. Saya harap Marquez tidak diberikan keistimewaan pada musim depan.

“Saya anggap kehadiran Marquez mungkin boleh menjejaskan motivasi Bagnaia, te­tapi kita tengok sama ada dia boleh menyesuaikan diri sece­pat mungkin ataupun sebalik­nya.

“Anda boleh lihat bagaimana Lorenzo agak bergelut ketika mewakili Ducati selepas lama mewakili Yamaha.

“Jadi saya tidak sabar untuk melihat tahap prestasi Marquez nanti kerana kedua-dua jentera agak berbeza,” ­katanya.

Saingan musim baharu MotoGP 2024 dijadualkan bermula 10 Mac depan di Grand Prix (GP) Qatar dengan keseluruhan perlumbaan tahun ini melibatkan 22 pusingan dan berakhir di GP Valencia pada 17 November nanti. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01/03/motogp-marquez-tak-boleh-bawa-masalah/
Pages: [1]
View full version: MotoGP: Marquez tak boleh bawa masalah


ADVERTISEMENT