mattzzx Publish time 31-12-2023 05:50 PM

54 mangsa ‘terkandas’ di PPS, kediaman digenangi banjir termenung

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/12/WhatsApp-Image-2023-12-31-at-15.11.25.jpeg
Keadaan banjir termenung di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat.

JOHOR BAHRU – Situasi banjir termenung di Kampung Seberang Batu Badak, Jementah di sini menyebabkan seramai 54 penduduk daripada 14 keluarga tidak dapat pulang lagi ke kediaman masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah mangsa itu tidak berubah sejak semalam dan kesemua mereka masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Segamat.

“Seramai 41 penduduk ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu Badak manakala 13 lagi ditempatkan di Dewan Komuniti Taman Tasek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, jalan Kampung Orang Asli Peta di Bukit Cantik terputus hubungan juga disebabkan banjir yang melanda kawasan itu.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12/31/54-mangsa-terkandas-di-pps-kediaman-digenangi-banjir-termenung/
Pages: [1]
View full version: 54 mangsa ‘terkandas’ di PPS, kediaman digenangi banjir termenung


ADVERTISEMENT