mattzzx Publish time 30-12-2023 04:10 PM

Banjir Johor semakin pulih, 55 mangsa di dua PPS

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/12/WhatsApp-Image-2023-12-30-at-1.26.13-PM.jpeg
ANGGOTA polis dan Rela memantau keadaan banjir serta kediaman penduduk di Kampung Seberang Batu Badak dan sekitar Segamat yang terjejas akibat banjir demi menjaga keselamatan nyawa dan harta benda mangsa banjir.

JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih apabila setakat pukul 12 tengah hari tadi, hanya seramai 55 mangsa masih ditempatkan di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, mereka terdiri daripada 15 buah keluarga.

“Kesemua mereka ditempatkan di PPS Dewan Komuniti Taman Tasek dan PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, kedua-duanya di Segamat. Buat waktu ini, satu laluan masih ditutup sepenuhnya iaitu Jalan Kampung Orang Asli Peta di Bukit Cantik, Mersing.

“Manakala dua lagi laluan iaitu Jalan Jabi-Bukit Tempurung di Segamat dan Jalan Kota Tinggi-Kluang di Kluang dibuka hanya untuk kenderaan berat dan satu lorong sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Azmi yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor turut memberitahu, kejadian banjir di negeri ini tidak merekodkan sebarang kecederaan atau kematian melibatkan mangsa.

“Sementara itu, lima sungai di negeri ini ditempatkan pada paras waspada antaranya Sungai Siku di Kampung Murni Jaya, Kulai dan Sungai Lenik di Ladang Chaah,” ujarnya lanjut.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12/30/banjir-johor-semakin-pulih-55-mangsa-di-dua-pps/
Pages: [1]
View full version: Banjir Johor semakin pulih, 55 mangsa di dua PPS


ADVERTISEMENT