Raline Publish time 30-12-2023 03:57 PM

[VIDEO] Kisah budak lelaki jual sate ikan buat ramai menangis

Kisah budak lelaki jual sate ikan buat ramai menangis

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/12/WhatsApp-Image-2023-12-30-at-1.00.27-PM.jpeg
Tangkap layar hantaran @yusry__ di akaun TikTok.


PETALING JAYA – Kegigihan seorang budak lelaki berniaga sambil ditemani adik perempuannya di Taman Robina, Butterworth menimbulkan rasa kagum pengguna media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik @yusry__ di akaun TikTok, kanak-kanak lelaki itu menjual pelbagai jenis makanan antaranya seperti sate ikan, otak-otak serta minuman.

Seorang wanita dilihat bertanya mengenai jualan kanak-kanak itu sebelum menghulurkan sedikit bantuan dan meminta dua beradik itu pulang kerana cuaca buruk.

“Ini perniagaan saya sendiri. Ibu sakit dan ayah sudah meninggal dunia. Saya balik sekolah terus datang kedai untuk cari makan.

“Adik saya rajin sebab dia mahu masuk universiti,” kata kanak-kanak itu.

Tindakan wanita berkenaan membuatkan kanak-kanak perempuan itu memeluk abangnya setelah melihat lelaki berkenaan menangis atas bantuan diberikan.

Sehingga kini, video itu telah menerima lebih 1.8 juta tontonan, 188,100 ribu tanda dan 8,151 komen.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata sebak melihat kesabaran budak lelaki itu mencari rezeki.

“Berjurai-jurai air mata aku bila adik dia peluk abang dia, aku ni lembut tau,” komen Fariez Hyun.

“Saya pernah ada di situasi adik ini. Masa itu meniaga teman mak, saya macam adik dia tekad dalam hati nak banggakan mak. Alhamdulillah, sekarang saya pensyarah universiti,” komen Sis Nadh.

“Aku tengok sambil air mata aku mengalir. Sedih tengok. Ya Allah, kau murahkanlah rezeki adik tu dan panjangkanlah umur mereka Ya Allah,” komen Zahar Arif. – KOSMO! ONLINE


7317546392338042113


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12/30/video-kisah-budak-lelaki-jual-sate-ikan-buat-ramai-menangis/

LadyCarefree Publish time 30-12-2023 10:35 PM

Tadok siapa bantu diorang ni mohon bantuan zakat dan jkm kah? Aduh.

liyamariska Publish time 1-1-2024 03:26 AM

sedih ai tgk video nih...

SalenaGomez Publish time 1-1-2024 08:05 AM

liyamariska replied at 1-1-2024 03:26 AM
sedih ai tgk video nih...

Itulah potong bawang sungguh. Rasa nak terbang terus kat kedai tu…SG doakan keluarga ni bahagia, Allah murahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat. Semoga nanti korang bersatu 1 keluarga kat akhirat nanti. Kesian kecik2 dah galas tugas cari rezeki. Jgn putus asa dik. Jaga diri elok2

Vellfire Publish time 1-1-2024 09:03 AM

Awal pagi dah potong bawang..

IzzahF Publish time 2-1-2024 05:20 PM

aduhh risaunya tgk kanak2 tanpa pemantauan org dewasa. kesiannya nasib korang nak. mudah2an ada lah pihak berwajib cari dorang ni

nolya Publish time 2-1-2024 06:15 PM

Adakah kisah ini sebuah realiti atau didramatisekan?Budak lelaki tu umur berapa. Punya kedai/warongsendiri kah?Katanya emak sakit, habis tu sapa yg belikan semua barang2 modal jualan.Sape pasangkan tenda, agkut meja kerusi dari rumah ke tapak jualan? Ada adiknya yg masih kecil menemani bersama tapi ada video diperlihatkan remaja penjual tinggalkan kedai untuk berjualan kpd orang2 sekeliling.Boleh ke dia tinggalka adik2ya juga kedainya tanpa pengawasan?Buka bermaksud nak perlekehkan
inisiatif remaja tersebut blj meniaga, ttpi pengolahan dn jalan cerita belum kemas.
Aku nak percaya ke tidak kesah begini?

justchu Publish time 3-1-2024 08:55 AM

nolya replied at 2-1-2024 06:15 PM
Adakah kisah ini sebuah realiti atau didramatisekan?Budak lelaki tu umur berapa. Punya kedai/waron ...

siap ada dapur utk masak kat situ, sapa pasang gas, sapa masak sate nya, kuahnya sapa buat?


takkan org2 kat situ sorang pun tak ambil peduli?
tak heran ke dorang tgk 2 org budak je buat keje?

nolya Publish time 3-1-2024 11:17 AM

justchu replied at 3-1-2024 08:55 AM
siap ada dapur utk masak kat situ, sapa pasang gas, sapa masak sate nya, kuahnya sapa buat?




Itu sebabnya aku skeptikal dgn kesah yg dipaparkan.Boleh pulak ada orang memvideokan? Dah pakat awal2 ke?
Makanya aku bertanya sekali lagi, nak percaya tak kesah adik tu begitu? Sekadar nak meraih simpati saja ke atau demi konten?

Orix Publish time 3-1-2024 01:55 PM

adik tu pacak sendiri khemah, gantung banner kah ?

HuoJingJue Publish time 3-1-2024 04:17 PM

asal meniaga mesti sedih..
mesti last choice pekerjaan..
sebab tunggu offer gomen..

bagi la semangat kt adik tu meniaga..
adohh..

piro77 Publish time 4-1-2024 01:14 AM

Maaflah, kalau ada org dewasa di sebalik ni (yg menyediakan semua kelengkapan berniaga tu) mmg i tak rasa kesian langsung. Bukan sbb adik2 ni, tp sbb org tua/ dewasa tersebut mengeksploitasi budak2 tu. Ianya samada dia sendiri malu nk berjual atau nak org cepat kesian. Banyak lagi cara lain, kesian kat budak2 seumur tu. I jadi geram sbb dh jumpa byk kes mcm ni. Cth kt LRT Masjid Jamek selalu terjumpa 2 org kanak2 sebaya adik jual dan duduk kt tepi tangga. Org tuanya ada je rupanya, dok tak jauh dr situ. Kenapa dorg tak bersama2 sekali jual? Kalau tujuan nk ajar anak berdikari/ berniaga pun bukan tu caranya. Geram je tengok

afie_m Publish time 5-1-2024 04:18 PM

sedih tgk vidio ni..terpikir juga seperti komen2 di atas..

cmf_jeangrey Publish time 11-1-2024 03:59 AM

Shoot video dr jauh tapi suara clear betul sbb ada microfon sepit kat baju..so mmg scripted dan staged ni..nak tahu genuine atau tidak kena siasat lah sampai ke rumah
Pages: [1]
View full version: [VIDEO] Kisah budak lelaki jual sate ikan buat ramai menangis


ADVERTISEMENT