mattzzx Publish time 28-12-2023 05:22 PM

2 lelaki berputih mata, hampir RM500,000 lesap kena scam

https://assets.bharian.com.my/images/articles/scam_1703753843.jpg
JOHOR BAHRU: Polis Johor menerima laporan dua lelaki tempatan yang mendakwa menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan tidak wujud dalam talian dan 'love scam' sehingga kerugian lebih RM490,000.

Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M Kumar, berkata dua laporan polis itu diterima pada 21 Disember lalu dan semalam sebelum pihaknya memulakan siasatan.

"Pengadu pertama iaitu lelaki berusia 57 tahun yang tidak bekerja melaporkan ada menerima panggilan daripada aplikasi WhatsApp yang menawarkan pekerjaan sambilan secara dalam talian yang menjanjikan pulangan yang tinggi, cepat dan mudah.

"Pengadu hanya perlu memuat naik video yang diarahkan dan menekan tanda 'suka' di pautan yang diberikan bagi setiap tugasan.



"Percaya dengan pulangan yang dijanjikan, pengadu mengikut arahan suspek termasuk membuat pembayaran RM252,900 ke beberapa akaun bank yang diarahkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengadu kemudian mendakwa tidak menerima sebarang pulangan sebagaimana dijanjikan, sebaliknya diarahkan untuk membuat pembayaran tambahan bagi mendapatkan keuntungan yang dijanjikan.

Sementara itu, Kumar berkata, bagi pengadu kedua, lelaki berusia 69 tahun yang juga pesara dari syarikat swasta, melaporkan dia mengenali seorang individu dari luar negara melalui media sosial.

Selepas sebulan berkenalan, suspek menyatakan hasratnya untuk bekerja di Malaysia.

"Pada awal bulan ini, pengadu menerima panggilan telefon daripada suspek memaklumkan dia telah ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia kerana dikatakan membawa wang tunai yang banyak dan tidak membuat pengisytiharan.

"Suspek meminta bantuan pengadu untuk melepaskannya daripada tahanan dengan mengarahkan pengadu membuat pembayaran ke akuan bank yang diberikan.

"Oleh kerana percaya suspek memerlukan bantuan, pengadu telah membuat pembayaran berjumlah RM242,620.30, namun pengadu syak dia ditipu kerana selepas pembayaran dibuat suspek gagal dihubungi semula," katanya sambil menambah orang ramai boleh guna perkhidmatan dalam talian 'Semak Mule' sebelum membuat pembayaran serta muat turun aplikasi 'Whoscall' bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/12/1193647/2-lelaki-berputih-mata-hampir-rm500000-lesap-kena-scam
Pages: [1]
View full version: 2 lelaki berputih mata, hampir RM500,000 lesap kena scam


ADVERTISEMENT