mattzzx Publish time 28-12-2023 01:09 PM

‘Mana mummy, kenapa tak jemput kami balik rumah’

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/12/WhatsApp-Image-2023-12-28-at-12.01.42-PM-e1703738481545.jpeg
EUSOFF dan adiknya Maream yang kini tinggal bersama Norisham Samsuhah kini mula merasai kehilangan ibunya Mira Sharmila sejak 14 Disember lalu.

BATU PAHAT – Dua anak kepada ibu tunggal yang hilang sejak dua minggu lalu sudah mula bertanya tentang ketiadaan ibu mereka khusus pada waktu malam.

Ini kerana kebiasaannya wanita itu akan mengambil anak-anaknya yang ditinggalkan di rumah kakaknya dan seorang pengasuh ketika waktu malam sebaik selesai membantu urusan perniagaan ibunya.

Norisham Samsuhah, 36, berkata, dua anak Mira Sharmila, Eusoff, 4, dan adiknya, Maream, 2, yang kini tinggal bersamanya seakan merasakan kehilangan ibunya itu terutama ketika waktu masuk tidur bersama sepupunya.

Katanya, apa yang dapat dilakukan keluarganya hanya memaklumkan bahawa Bella belum balik dari kerja dan akan pulang lewat menyebabkan mereka tidak dijemput untuk balik ke rumah.

“Antara pertanyaan Eusoff sehingga menyebabkan saya menitiskan air mana dan kelu lidah untuk memberikan jawapan adalah “dimana mummy, kenapa tak jemput kami balik rumah?.

“Manakala Maream hanya merengek seolah-olah mencari belaian ibunya yang kebiasaannya akan mendodoikannya sebelum tidur,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Norisham berkata, mereka sekeluarga berharap Bella dapat ‘dipulangkan’ ke pangkuan anak-anaknya dengan selamat oleh mana-mana pihak yang kini mungkin ada ‘menyimpan’ anak bongsu daripada dua beradik itu.

Ujarnya, ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Ani juga merayu orang ramai dapat memaklumkan kepada pihaknya atau mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya sekiranya mengetahui kedudukan sebenar Bella pada masa ini.

“Sudah beberapa hari ibu juga tidak dapat berniaga kerana tiada pembantu yang selama ini tugasnya digalas oleh Bella,” katanya.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12/28/mana-mummy-kenapa-tak-jemput-kami-balik-rumah/
Pages: [1]
View full version: ‘Mana mummy, kenapa tak jemput kami balik rumah’


ADVERTISEMENT