mattzzx Publish time 28-12-2023 12:59 PM

Hindari tempat mudah dihanyutkan air deras

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/12/WhatsApp-Image-2023-12-28-at-9.42.07-AM.jpeg
TANGKAP layar menampakkan dua orang kanak-kanak sedang bermain di Kolam Takungan Taman Kluang Indah di Kluang, semalam.

KLUANG – Orang ramai diingatkan agar sentiasa memastikan ahli keluarga khususnya kanak-kanak menjauhkan diri daripada kawasan-kawasan yang boleh menyebabkan mereka dihanyutkan air deras seperti longkang besar serta sungai.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkaata, tindakan membiarkan anak-anak bermain berhampiran sungai atau longkang besar boleh menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku berikutan keadaan hujan yang berlaku sekarang ini.

Katanya, adalah lebih baik mengambil tindakan mencegah sebelum sesuatu kejadian berlaku kerana apabila terjadi akan menyebabkan penyesalan tidak berkesudahan selain kehilangan orang-orang yang disayangi.

“Kejadian di Kolam Takungan Taman Kluang Indah apabila terdapat dua kanak-kanak dilihat bermain di kawasan air terjun itu adalah sebagai sesuatu yang tidak patut berlaku dan perlu dielakan.

“Ini kerana jika berlaku limpahan air secara tiba-tiba boleh menyebabkan mereka dihanyutkan,” katanya kepada pemberita di sini.

Bahrin berkata demikian ketika diminta mengulas video berdurasi Sembilan saat dalam akaun Facebook milik Kluang Hari ini yang memapar dua kanak-kanak bermain di kawasan air terjun di Kolam Takungan Taman Kluang Indah semalam.

Dalam pada itu, ketika pemantauan banjir oleh Pasukan Boatman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang mendapati beberapa kawasan di Kahang sudah mula dinaiki air namun masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Ujar Bahrin lagi, pemantauan yang dilakukan di Kampung Orang Asli Kuala Sengka di Kahang juga mendapati belum ada rumah penduduk dinaiki air.

“Kampung ini antara penempatan Orang Asli yang akan terjejas awal sekiranya terdapat limpahan air di Sungai Sembrong sebelum merebak ke beberapa perkampungan berdekatan.

“Pemantauan dari semasa ke semasa akan terus dilakukan dan sekiranya memerlukan bantuan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Bilik Gerakan IPD Kluang di talian 07-7766822 atau menghubungi mana-mana balai yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan,”katanya.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12/28/hindari-tempat-mudah-dihanyutkan-air-deras/
Pages: [1]
View full version: Hindari tempat mudah dihanyutkan air deras


ADVERTISEMENT