tari Publish time 28-12-2023 09:17 AM

Haiwan unik jarang dibela

Edited by tari at 28-12-2023 09:18 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Fennec_Fox_1703630885.jpg
FENNEC Fox - FOTO Google
Kucing, ikan, hamster, burung dan arnab antara pilihan haiwan kesayangan yang paling biasa dimiliki pencinta haiwan.
Kehadiran haiwan berkenaan di rumah bukan sekadar haiwan peliharaan tetapi ada yang menganggapnya seperti ahli keluarga.
Haiwan ini juga diibaratkan terapi kepada pemilik apabila menghadapi tekanan menerusi aksi comel peliharaan itu.
Kucing, ikan, hamster, burung dan arnab antara pilihan haiwan kesayangan yang paling biasa dimiliki pencinta haiwan.
Kehadiran haiwan berkenaan di rumah bukan sekadar haiwan peliharaan tetapi ada yang menganggapnya seperti ahli keluarga.
Haiwan ini juga diibaratkan terapi kepada pemilik apabila menghadapi tekanan menerusi aksi comel peliharaan itu.
Jangka hayat: Lapan hingga 12 tahunAsal: Amerika SelatanFakta menarik: Capybara ialah tikus terbesar di dunia dengan berat boleh mencecah sehingga 64 kilogram (kg).
2. ServalJangka hayat: Sehingga 19 tahunAsal: Afrika Tengah dan Afrika SelatanFakta menarik: Serval ialah pemburu yang paling berjaya daripada semua kucing liar lain. Membunuh sekali daripada dua pecubaan menangkap mangsa. Berbanding kucing liar, ia membunuh sekali dalam setiap lima atau enam percubaan menangkap mangsa.
3. ChinchillaJangka hayat: 15 hingga 22 tahunAsal: pergunungan Andes, Amerika SelatanFakta menarik: Bulu chinchilla sangat lebat menyukarkan air menembusi kulitnya. Untuk membersihkan diri, chinchilla mandi dengan habuk yang menyerap kotoran dan minyak daripada bulunya.
4. WallarooJangka hayat: 15 hingga 20 tahunAsal: AustraliaFakta menarik: Istilah 'wallaroo' ialah gabungan perkataan daripada 'kangaroo' dan 'wallaby'. Fizikal wallaroo tidak sebesar kanggaru tetapi tidak sekecil walabi.
5. AxolotlJangka hayat: Sehingga 15 tahunAsal: Tasik Xochimilco dan Tasik Chalco, MexicoFakta menarik: Axolotl sebenarnya adalah salamander yang tidak berjaya bertukar menjadi haiwan darat pada peringkat larva. Sebaliknya mengekalkan insangnya dan kekal dalam air. Haiwan ini boleh menumbuhkan semula sebahagian besar bahagian badannya.
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bin1x_1703630887.jpg https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bin2x_1703630889.jpg 6. KinkajouJangka hayat: 20 hingga 25 tahunAsal: Amerika Tengah dan SelatanFakta menarik: Kinkajous domestik di El Salvador, Guatemala dan Honduras digelar 'micole'.
7. Pacman Frog (Horned Frog)Jangka hayat: Enam hingga 10 tahunAsal: Amerika SelatanFakta menarik: Katak ini mempunyai mulut besar berbanding spesies katak lain.
8. DeguJangka hayat: Enam hingga lapan tahunAsal: ChileFakta menarik: Degus lebih jinak dengan pemiliknya berbanding hamster. Kadang kala memberi gigitan ringan kepada pemiliknya sebagai cara bermanja.
9. HedgehogJangka hayat: Tiga hingga lapan tahunAsal: Eropah, Asia dan AfrikaFakta menarik: Mempamerkan tingkah laku menjilat apabila menemui bauan baharu. Kemudian mengeluarkan buih daripada mulut membentuk buih dengan mulut mereka dan meletakkan buih itu pada bulu durinya.
10. Fennec FoxJangka hayat: 10 hingga 16 tahunAsal: Afrika Utara
Fakta menarik: Fennec fox memburu waktu malam dan menggunakan telinga besar untuk mendengar mangsa berada di bawah tanah seperti serangga atau tikus.sumber
Pages: [1]
View full version: Haiwan unik jarang dibela


ADVERTISEMENT