mattzzx Publish time 27-12-2023 05:13 PM

Bersihkan ladang jumpa bom perang dunia kedua

https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo_6077764150366419859_x_1703662531.jpg
Bom lama dipercayai tinggalan perang dunia kedua ditemukan di sebuah kawasan ladang di Jelai, Gemas, petang semalam. - Foto ihsan pembaca

TAMPIN: Beberapa pekerja ladang yang sedang melakukan kerja pembersihan di Jalan Gemas-Jelai, Gemas di sini, terkejut apabila menemukan objek sebesar tong gas yang menyerupai bom lama, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, bom yang diliputi tanah itu dipercayai peninggalan perang dunia kedua.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintenden Amiruddien Sariman, berkata anggota Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tampin menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan menjumpai objek menyerupai bom lama yang menyamai tong gas.

"Bertindak atas maklumat, Ketua Polis Balai Gemas bersama anggota bergegas ke lokasi dan segera memasang tali garisan polis bagi memaklumkan kawasan itu adalah kawasan larangan dan berbahaya.



"Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan IPD Tampin sudah memusnahkan bom terbabit jam 12.30 tengah hari tadi di lokasi sama," katanya ketika dihubungi hari ini.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/12/1193302/bersihkan-ladang-jumpa-bom-perang-dunia-kedua
Pages: [1]
View full version: Bersihkan ladang jumpa bom perang dunia kedua


ADVERTISEMENT