mattzzx Publish time 27-12-2023 05:09 PM

Bella hilang, jangan timbulkan spekulasi

https://assets.bharian.com.my/images/articles/hilang_1703667289.jpg
BATU PAHAT: Polis minta orang ramai memberi ruang kepada pihaknya menjalankan siasatan kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, sejak 14 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata siasatan masih dijalankan dan minta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi.

"Kami harap pihak berkenaan memberi ruang kepada pasukan penyiasat menjalankan siasatan. Kami juga tidak mahu membuat sebarang spekulasi," katanya ketika dihubungi.

Semalam, Ismail dilaporkan berkata, polis sudah memanggil lima individu bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wanita terbabit.



Selain itu, katanya, polis juga dua kali merekodkan keterangan daripada teman lelaki yang didakwa bersama wanita itu pada hari kehilangannya.

"Buat masa sekarang, polis menanti perkembangan mengenainya dan kes masih diklasifikasikan sebagai orang hilang," katanya.

Bella yang juga ibu kepada anak lelaki berusia empat tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Soga di sini, untuk ke kedai dobi bersama teman lelakinya dengan menaiki sebuah kereta.

Selepas itu, peniaga makanan terbabit gagal dihubungi ahli keluarganya sehingga hari ini.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/12/1193332/bella-hilang-jangan-timbulkan-spekulasi
Pages: [1]
View full version: Bella hilang, jangan timbulkan spekulasi


ADVERTISEMENT