mattzzx Publish time 27-12-2023 04:48 PM

Tidak benar... tiada ketua balai polis hantar mesej lucah

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hiasan-telegram_1703664012.jpg
GAMBAR hiasan.

Port Dickson: Polis menegaskan dakwaan seorang ketua balai polis di daerah ini mengganggu wanita dengan menghantar mesej berunsur lucah adalah tidak benar.

Bagaimanapun, siasatan dalaman tetap dijalankan bagi mengesan sekiranya wujud pelanggaran undang-undang, seterusnya tindakan tatatertib akan diambil.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan polis daripada mana-mana pihak atau wanita berkenaan berhubung dakwaan itu.

"Kira-kira 1.15 tengah hari kelmarin, keluar satu kenyataan di aplikasi Telegram berkenaan seorang individu iaitu Ketua Balai Polis Lukut yang mengganggu dan menghantar mesej berunsur lucah kepada seorang wanita.



"Siasatan awal mendapati kenyataan yang dikeluarkan itu tidak benar dan disyaki satu tohmahan yang berniat jahat demi menjatuhkan kredibiliti ketua polis balai itu serta imej pasukan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aidi Sham berkata, walaupun tiada sebarang laporan diterima, siasatan lanjut akan diteruskan daripada sudut tatatertib.

"Tindakan tegas akan diambil jika didapati adanya perlanggaran disiplin berlaku," katanya.

Polis juga menasihati orang awam supaya tidak menularkan isu itu dengan tindakan boleh diambil di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sejak kelmarin tular di aplikasi sembang memaparkan perbualan didakwa dihantar oleh seorang ketua balai polis kepada wanita yang dipercayai isteri orang.

Pesanan yang dihantar kira-kira 5.30 pagi itu bertanya pakaian dan warna yang dikenakan wanita berkenaan, selain pertanyaan sama ada tidur dalam keadaan bogel.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/12/1044650/tidak-benar-tiada-ketua-balai-polis-hantar-mesej-lucah
Pages: [1]
View full version: Tidak benar... tiada ketua balai polis hantar mesej lucah


ADVERTISEMENT