mattzzx Publish time 27-12-2023 04:47 PM

6 daerah di Johor diramal hujan sehingga esok

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hujabnnbn23_1703663533.jpg
GAMBAR HIASAN

Johor Bahru: Enam daerah di Johor akan mengalami hujan berterusan pada tahap waspada (kuning) sehingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran itu pada jam 12.30 tengah hari tadi yang mana membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Turut dikeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada ialah tiga daerah di Pahang iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin.

Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataannya meminta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri atau Daerah di kawasan yang dinyatakan hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi



menghadapi bencana yang bakal berlaku terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi.

"Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri atau Daerah juga dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan," katanya.

NADMA melalui NDCC juga akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.

"NDCC juga sentiasa dalam kesiapsiagaan menerima maklumat bencana, bantuan

pengurusan dan pengoperasian bencana dari semasa ke semasa melalui nombor telefon 03-80642400, faksimili 03-80642429 dan alamat e-mel opsroom@nadma.gov.my," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/12/1044644/6-daerah-di-johor-diramal-hujan-sehingga-esok
Pages: [1]
View full version: 6 daerah di Johor diramal hujan sehingga esok


ADVERTISEMENT