mattzzx Publish time 26-12-2023 01:00 PM

Covid-19: Seorang maut, tiga kritikal, 123 dirawat di Johor

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/11/rawat-covid-19-1.jpg
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Satu kematian direkodkan akibat jangkitan Covid-19 baharu pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-51 pada 17 hingga 23 Disember lalu di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon, berkata tiga lagi pesakit Covid-19 masih dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 123 pesakit dirawat di wad hospital.

Katanya, pola Covid-19 di Johor dalam tempoh beberapa bulan ini menunjukkan peningkatan mendadak.

“Kerajaan Johor dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) akan terus memantau perkembangan jangkitan Covid-19 sekali gus memastikan langkah pencegahan dan kawalan dilaksanakan secara berterusan.

“Secara kumulatif Johor Bahru merekodkan kes COVID-19 tertinggi sehingga ME51 iaitu sebanyak 2,431 kes diikuti Kulai (885) dan Batu Pahat (812),”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Setakat Sabtu lalu, secara kumulatif terdapat 404,309 kes Covid-19 dilaporkan di Johor, di mana 401,216 kes adalah jangkitan tempatan manakala baki 3,093 adalah kes import.

Purata Kadar Insiden Harian Covid-19 untuk ME51 adalah 8.44 untuk setiap 100,000 penduduk.

Tambah beliau, kerajaan Johor memandang serius situasi terkini Covid-19 dan menasihatkan orang ramai terus berwaspada ketika musim cuti perayaan yang panjang. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12/26/covid-19-seorang-maut-tiga-kritikal-123-dirawat-di-johor/
Pages: [1]
View full version: Covid-19: Seorang maut, tiga kritikal, 123 dirawat di Johor


ADVERTISEMENT