mattzzx Publish time 26-12-2023 12:55 PM

Adik lelaki, rakan serumah direman 7 hari bunuh kakak

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/12/WhatsApp-Image-2023-12-26-at-9.28.16-AM.jpeg
ANGGOTA Unit Forensik memeriksa lokasi kejadian melibatkan kematian seorang wanita warga Indonesia di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, Ahad lalu.

JOHOR BAHRU – Dua suspek yang disyaki membunuh seorang wanita warga Indonesia di Taman Ungku Tun Aminah di sini Ahad lalu, kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan dijalankan polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, perintah reman itu dikeluarkan Majistret, Nur Khalida Farhana Abu Bakar.

Menurut beliau, salah seorang suspek merupakan adik lelaki mangsa yang berusia 24 tahun, manakala seorang lagi suspek wanita yang berusia 41 tahun merupakan rakan serumah mereka.

Semalam, beliau memaklumkan pihaknya berjaya menahan suspek wanita di lokasi kejadian mayat mangsa ditemui, manakala suspek lelaki ditahan di tempat pembuangan sampah kawasan perumahan itu.

“Mangsa yang berusia 42 tahun dipercayai dibunuh dengan senjata tajam pada pukul 2.30 pagi, Ahad lalu, manakala kedua-dua mangsa ditahan pada pukul 7.47 malam, hari sama.

“Polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan, bagaimanapun punca kejadian masih dalam siasatan.

“Kedua-dua suspek ditahan reman dan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat di talian 016-6943836,” jelasnya lanjut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12/26/adik-lelaki-rakan-serumah-direman-7-hari-bunuh-kakak/
Pages: [1]
View full version: Adik lelaki, rakan serumah direman 7 hari bunuh kakak


ADVERTISEMENT