mattzzx Publish time 26-12-2023 12:25 PM

Atlet ekuestrian Rusia, Belarus kempunan ke Paris

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Ekuestrian_1703560708.jpg
ATLET ekuestrian Rusia, Belarus terpaksa lupakan Olimpik 2024. FOTO EPA

Paris: Badan induk dunia mengumumkan bahawa atlet ekuestrian dari Rusia dan Belarus tidak dapat mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Paris 2024, walaupun sebagai wakil neutral.

Awal bulan ini, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) meluluskan penyertaan atlet Rusia dan Belarus yang layak dalam sukan mereka untuk Sukan Olimpik 2024 sebagai atlet neutral tanpa bendera, lambang, atau lagu kebangsaan.

Pada mulanya, atlet Rusia dan Belarus sudah dihalang daripada bersaing di peringkat antarabangsa selepas pencerobohan Rusia ke Ukraine pada Februari 2022.

Persatuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI) sudah menyekat atlet, kuda, dan pegawai dari Rusia serta Belarus daripada mengambil bahagian dalam acara itu sejak tahun lalu.


FEI berkata, menurut sistem kelayakan Olimpik untuk ekuestrian, kelayakan individu diperoleh melalui Ranking Olimpik FEI yang berlaku dari 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.

"Memandangkan atlet-atlet Rusia dan Belarus tidak bersaing dalam acara-acara FEI sejak 2 Mac 2022, tiada wakil dari kedua-dua negara ini yang bakal mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Paris 2024. Perintah bagi mengharamkan penyertaan atlet dari kedua-dua negara tetap berkuatkuasa pada tahun depan.

"Tiada acara FEI yang dianjurkan di Rusia dan Belarus yang boleh didaftarkan dalam Kalendar FEI bagi 2024," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/12/1044239/atlet-ekuestrian-rusia-belarus-kempunan-ke-paris
Pages: [1]
View full version: Atlet ekuestrian Rusia, Belarus kempunan ke Paris


ADVERTISEMENT