mattzzx Publish time 25-12-2023 04:35 PM

Kedudukan Perez masih belum selamat

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/12/063_1801793334.jpg
PEREZ perlu menunjukkan peningkatan pada musim depan bagi memastikan dia ditawarkan kontrak baharu bersama Red Bull. - AFP

MILTON KEYNES – Pelumba Red Bull Racing, Sergio Perez perlu membuktikan kemampuannya menjelang saingan Formula Satu (F1) musim depan sekiranya mahu terus bersama pasukan itu pada 2025.

Pelumba dari Mexico itu berdepan kemungkinan disingkirkan daripada pasukan pada penghujung musim depan sekiranya dia gagal memperbaiki aksi hambar yang ditampilkan sepanjang musim ini.

Perez yang memiliki kontrak sehingga musim depan diberi kata dua oleh Prinsipal Red Bull, Christian Horner, sama ada dia menunjukkan peningkatan atau digantikan dengan pelumba lain bagi saingan 2025.

“Berdasarkan kedudukan kami sekarang, Red Bull tidak tergesa-gesa menawarkan kontrak baharu kepada Checo (Perez). Kami memiliki banyak pilihan dan Checo perlu buktikan dia layak untuk kekal.

“Kami sentiasa memberikan sokongan kepadanya kerana dia adalah pelumba kami untuk musim 2024. Sekiranya dia lakukan tugas dengan cemerlang, tidak ada sebab untuk kami tamatkan khidmatnya,” kata Horner.

Sementara itu, beliau turut mengharapkan Red Bull terus meningkatkan prestasi jentera memandangkan pasukan-pasukan lain dijangka mampu memberikan cabaran kepada mereka pada saingan musim depan.

“Pasukan-pasukan pesaing pasti akan cuba rapatkan jurang dengan Red Bull musim depan, jadi sangat penting untuk kami pastikan kedua-dua jentera dapat menampilkan aksi maksimum,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12/25/kedudukan-perez-masih-belum-selamat/
Pages: [1]
View full version: Kedudukan Perez masih belum selamat


ADVERTISEMENT