mattzzx Publish time 25-12-2023 04:11 PM

Eileen Gu pecah dominasi pemain tenis

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/12/EILEEN-GU.jpg
EILEEN berjaya membantu negaranya China meraih dua pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing. - AFP

LONDON – Lima atlet wanita berdarah kacukan benua Asia menduduki carta 10 terbaik sebagai jaguh sukan wanita terkaya tahun 2023 berdasarkan angka rasmi yang dikeluarkan oleh majalah terkemuka antarabangsa, Forbes.

Lima atlet terbabit adalah Eileen Gu, Naomi Osaka, Emma Raducanu, Jessica Pegula dan Leylah Fernandez yang begitu cemerlang dalam arena sukan masing-masing tidak kira di atas gelanggang atau di luar bidang mereka.

Seperti dijangka, kedudukan No. 1 menjadi milik pemain tenis terbaik dunia, Iga Swiatek yang berjaya mengutip sebanyak AS$23.9 juta (RM110.6 juta) secara keseluruhan.

Sementara itu, atlet luncur salji kacukan Amerika Syarikat (AS)-China, Eileen Gu berjaya mempamerkan peningkatan apabila meraih AS$22.1 juta (RM102.3 juta) sepanjang tahun ini.

Eileen telah mencipta sensasi tersendiri sejak tahun lalu kerana namanya semakin dikenali selepas membantu China meraih dua pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

Melengkapkan kedudukan carta ketiga terbaik adalah pemain muda berusia 19 tahun, Coco Gauff yang mempamerkan rentak cemerlang sepanjang musim WTA tahun ini sehingga berjaya meraih pendapatan sebanyak AS$21.7 juta (RM127.6 juta).

Empat atlet berdarah kacukan Asia yang berjaya berada dalam 10 kelompok atlet terkaya adalah Raducanu (Britain-China) di kedudukan keempat, Osaka (Jepun-AS) di No. 5, Jessica Pegula (AS-Korea Selatan) di No. 7 dan Leylah Fernandez (Kanada-Filipina) di No. 10. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/12/25/eileen-gu-pecah-dominasi-pemain-tenis/
Pages: [1]
View full version: Eileen Gu pecah dominasi pemain tenis


ADVERTISEMENT